Semalam Warner Bros. Picture telah memuat naik trailer rasmi bagi filem ‘Ocean’s 8’ yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sandra Bullock, Anne Hathaway, Cate Blanchett dan Rihanna.

Filem di bawah arahan Gary Ross ini mengisahkan seorang penjenayah yang dikenali sebagai Debbie Ocean yang merancang untuk mencuri rantai yang bernilai hampir $16.5 million dari sebuah acara malam gala. Rancangan tersebut akan disertai oleh 7 lagi wanita yang mempunyai kepakaran tersendiri seperti watak Nine Ball oleh Rihanna yang pakar dalam bidang hacking.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Jun nanti. Berikut kami sediakan trailer rasmi buat tontonan anda yang sudah tidak sabar untuk menonton filem ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group