Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tun Mahathir kini sedang berada di Jepun dalam satu lawatan kerja 3 hari di sana.

Tujuan Tun Mahathir ke sana adalah untuk berjumpa Perdana Menteri Jepun untuk membincangkan dasar Pandang Ke Timur serta mendapatkan pelaburan dari negara Jepun.

Namun video yang dikongsi oleh Tun M tentang cara kerja orang Jepun memang menarik perhatian. Dalam video ini, dapat dilihat pekerja ini bercerita dengan bersungguh-sungguh tentang produknya kepada delegasi Tun M. Walaupun bahasa Inggerisnya terbatas, tetapi beliau tetap yakin menjual produknya.

Menurut tulisan Tun M dalam video ini, ini antara perkara yang dapat kita belajar dari orang Jepun. Bila kerja, mereka kerja sungguh-sungguh dan tidak main-main. Terhibur juga apabila melihat video ini.