Walaupun model Honda Civic ini sudah berada di pasaran untuk beberapa tahun, tetapi jarang kita dengar review kereta ini daripada wanita.

Jadi pihak Engear menerusi hos Hana Ismail memberi pandangan daripada sudut pandang seorang pemandu wanita untuk model Honda Civic ini. Sebelum ini, model Civic lebih ditekankan sebagai sebuah kenderaan yang ‘garang’ dan sangat ‘lelaki’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi Hana model ini bukan hanya sesuai untuk lelaki tetapi juga wanita terutamanya ada compartment besar di bahagian tengah pemandu untuk beliau letak beg, jadi keselamatan pasti lebih terjamin.

Bagi Hana masalah baginya hanya pada bahagian seat yang tidak selesa bagi sesiapa yang bertubuh kecil. Mana tahu anda mahu bertukar kereta dalam masa terdekat, Honda Civic mungkin boleh jadi salah satu model yang anda boleh pertimbangkan.