Terbaharu, Korean Air tampil dengan iklan keselamatan dalam penerbangan yang cukup kreatif. Pada mulanya, kami beranggapan iklan tersebut merupakan muzik video terbaharu kumpulan K-Pop iaitu SuperM dan BoA.

Akan tetapi, sangkaan kami meleset kerana ia merupakan iklan keselamatan terbaharu Korean Air berkolaborasi dengan SM Entertainment. Iklan ini boleh dikatakan ‘level up’ kerana memiliki keunikannya tersendiri dan pasti penontonnya tidak berasa bosan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen teruja dengan iklan yang ditampilkan dan terasa ingin menaiki penerbangan Korean Air. Malah, iklan ini juga ‘just nice’ walaupun berdurasi selama 5 minit.

Tonton dahulu iklan keselamatan ini sebelum anda menaiki penerbangan. Pasti anda akan berasa seperti bersama SuperM dan BoA dalam penerbangan tersebut.

Di bawah ini kami listkan beberapa iklan yang menjadi tumpuan ramai orang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat 28 Iklan TV Tempatan Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Netizen Terhibur Dengan Iklan ‘Pelik’ Cristiano Ronaldo Untuk Shopee

Persis Sinetron, Tonton Iklan Daihatsu Sirion Ini Yang Pelik Tetapi ‘Awesome’