Mohamad Sofian atau Sofyank96 sememangnya antara artis visual tempatan yang bijak memanipulasikan video sehingga otai seperti Zach King sendiri salute dengan skil manipulasi Sofian.

Baharu sahaja sebentar tadi, Sofian berkongsikan di Instagram video magik terbarunya dan video kali ini memang yang terbaik dihasilkan oleh beliau. Sofian memberitahu beliau mengambil masa 3 minggu untuk menyiapkan video berdurasi 30 saat ini.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Video ini turut menerima komen paling tinggi berbanding video-video yang dimuat naik oleh Sofian sebelum ini. Malah, Faradyable dan artis luar seperti Gran Berta juga terpegun dengan kehebatan video Sofian kali ini.

Nampaknya skil editing Sofian semakin gempak. Tidak lama lagi, pasti Sofian akan setaraf dengan idolanya, Zack King. Tahniah dan terus hasilkan video yang awesome, Sofian.

Zach King sebelum ini menghasilkan video khas buat Sofian ketika beliau terbang untuk urusan kerja di Indonesia. Ternyata Zach King juga tabik dengan skil editing Sofian!

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96

Zach King Popular Kerana Silap Mata Digital Di Media Sosial

Hanya 6 Saat Diperlukan Lelaki Ini Untuk Meraih Perhatian Jutaan Orang Seluruh Dunia

Anda Mungkin Suka