Satu video telah dipaparkan ke laman Twitter menunjukkan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Australia bertarung nyawa apabila melakukan penerbangan ke dalam asap yang disebabkan kebakaran hutan.

Tujuan penerbangan itu dilakukan adalah bagi misi menyelamat bagi sekitar Mallacoota dan Merimbula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang Panglima Tentera Udara Australia, Marshal Joe menyiarkan video yang menunjukkan keadaan menakutkan ketika misi menyelamat di beberapa kota dan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan.

Beberapa minggu lalu pihak tentera telah memindahkan beribu pelancong yang terkandas di sekitar Mallacoota kerana jalan darat rosak teruk.

Video ini juga menunjukkan keadaan mencabar dengan asap tebal telah menambah beban kepada misi menyelamat mereka.

Australia sedang bertarung dalam kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara dan sejak itu lebih daripada 6.3 juta hektar hutan telah musnah.

Korban nyawa pula telah dicatat sebanyak 24 orang yang maut, ribuan rumah musnah dan hampir 500 juta haiwan dianggarkan terbunuh.

Biarpun kebakaran hutan sering berlaku di bumi Austarlia, tetapi saintis menyatakan bahawa musim panas kali ini hadir lebih awal dan menjadi lebih ganas akibat perubahan iklim.

New South Wales dan Victoria mencatatkan angka terburuk kebakaran hutan dengan jumlah keseluruhan dicatatkan adalah 130 kebakaran hutan di seluruh Australia.

Beberapa hari lalu, sekumpulan muslim menempuh perjalanan sejauh 200km bagi menghulurkan bantuan kepada pihak bomba. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Krisis Kebakaran Di Australia, Sekumpulan Muslim ‘Travel’ Sejauh 200KM Hulur Bantuan Air Minuman Untuk Bomba

Rakyat Malaysia Berada Di Kedudukan Tertinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia