Selain kasut kolaborasi kasut adidas x Dragonball model Goku ZX 500 RM , nampaknya sebuah lagi model kolaborasi bakal diperkenalkan pada hujung bulan ini iaitu model Yung-1 ‘Frieza’.

Melihat pada video yang dikeluarkan, pilihan warna ungu untuk kasut ini amat serupa dengan warna pada badan watak Frieza. Untuk rekaan kotak pula ia tiada beza dengan model Goku hanya sedikit perbezaan gambar sisi cetakan gambar pada kotak yang menampilakan watak Frieza. adidas juga telah mengumumkan harga rasmi untuk sepasang kasut ini iaitu $150 (RM 621.78) dan bakal mula dijual 29 September ini. Tonton video ini untuk melihat rekaan model ini dengan lebih jelas

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →