Nampaknya warga BuzzFeed suka betul dengan produk makanan dari Malaysia! Selepas mereka cuba Mi Kering Hitam Daebak ‘Ghost Pepper’, mereka cuba pula beberapa snek terkenal dari Malaysia dan membuat perbandingan dengan snek yang hampir serupa di Amerika Syarikat.

Antara snek yang terpilih adalah Muruku Ikan Cap Bayi, Mamee Monster, keropok Bika perisa ayam, Haw Flakes dan Fusen Gum. Agak menarik apabila mereka sangat sukakan rasa Muruku Ikan dan Mamee Monster.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi mereka, Muruku Ikan sedap untuk dimakan bersama sup manakala Mamee Monster adalah dried ramen yang sangat sedap untuk dimakan begitu sahaja; berbeza dengan ramen yang ada di pasaran Amerika Syarikat.

Nampaknya hampir semua snek dalam video ini mendapat respon positif daripada team BuzzFeed. Nanti boleh cuba makan Muruku Ikan dalam sup cendawan seperti yang dicadangkan team BuzzFeed.