YouTuber dari Amerika Syarikat, Xiaomanyc sudah biasa membuat video riaksi produk makanan yang popular di Malaysia antaranya Milo, Ipoh White Coffee dan bak kwa (daging salai) untuk dirasai oleh penduduk di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, beliau memilih untuk bawa pula mee segera kegemaran rakyat Malaysia, Maggi perisa kari untuk dicuba oleh warga New York selepas mendapat cadangan daripada penduduk Malaysia sendiri.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Nampaknya ramai yang menyukai Maggi kari di New York! Cuma bagi kebanyakkan responden, Maggi kari ini sudah sangat pedas bagi lidah mereka. Jika Maggi kari pun mereka sudah kata pedas, tunggulah mereka makan Samyang noodles yang jauh lebih pedas.

Walaupun cara Xiaomanyc menyediakan mee segera ini sebenarnya kurang proper kerana hanya menuang air panas ke dalam bekas dan bukannya masak seperti yang tertera pada bungkusan Maggi, warga New York tetap menyukainya.

Patutlah ke mana sahaja kita pergi di dunia ini, kita pasti akan merindui mee segera jenama Maggi. Sebab ianya mungkin antara mee segera tersedap di dunia.

Anda Mungkin Suka