Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan teknologi di YouTube, pastinya anda cukup mengenali reviewer popular ini iaitu MKBHD. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat beliau sering menggayakan beberapa sneakers terbaru pada video keluarannya.

Pada kali ini, Joe La Puma daripada channel Complex bakal menemuramah MKBHD bagi mengetahui dengan lebih lanjut pemilihan sneakers yang dimahukannya. Tonton video ini untuk melihat empat pilihan sneakers MKBHD yang berjaya dibeli dengan harga RM40,670.54.