Bulan lalu, YouTuber terkemuka Zach King yang sangat dikenali dengan video triknya yang awesome telah ke Indonesia untuk satu sesi perkongsian bersama peminatnya di sana. Paling menarik pastinya pertemuan antara beliau dan peminat nombor satunya dari Malaysia, Mohamad Sofian atau Sofyank96.

Zach King sangat mengagumi kebolehan Sofian yang dapat menghasilkan kembali konten video yang hampir sama dengannya. Disebabkan itu beliau mengajak Sofian ke Indonesia untuk bertemu buat kali pertama.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Dapat dilihat raut wajah gembira Sofian dalam video ini dan Zach sendiri mendedikasikan video ‘Magic Of The Month’ untuk bulan Julai kepada Sofian. Apabila idola anda sendiri terpukau dengan kebolehan anda, itulah yang terjadi kepada Sofian. Tahniah Sofian. Terus hasilkan video hebat untuk semua! Terus ke minit 2:30 untuk menonton.

Anda Mungkin Suka