Jalur Gemilang merupakan identiti kepada negara kita. Ianya tepat menerangkan negara kita kerana setiap warna dan bentuk pada Jalur Gemilang memiliki maksudnya yang tersendiri.

Berikutan isu pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah kebangsaan yang menjadi perhatian ramai, ianya turut menimbulkan rasa tidak senang kepada sesetengah individu. Semalam, tindakan Tan Sri Lim Kim Yew yang menukar jalur warna putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam sebagai tanda protes isu tersebut berdepan kecaman neizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan beliau sebenarnya mahu ‘menyindir’ Kementerian Pendidikan kerana isu tulisan Jawi tersebut. Malah, warna hitam tersebut diinspirasi daripada penukaran warna kasut putih pelajar sekolah kepada kasut berwarna hitam yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Justeru itu, netizen telah mengecam tindakan tidak sensitif yang dilakukan oleh beliau dan majoriti tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan. Hari ini, melalui satu posting di Facebook beliau, beliau telah meminta maaf atas keterlanjurannya.

Malah, beliau turut meminta agar generasi muda tidak mengikut kesilapan yang telah dilakukannya dan beliau telah membetulkan semula grafik bendera Malaysia kepada keadaan asal dan memastikannya perkara seperti itu tidak akan berulang lagi. Lantaran itu, beliau juga menasihati agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku agar jangan sama sekali menukar warna, grafik atau fizikal Jalur Gemilang.

Akan tetapi, setelah permohonan maaf beliau, netizen masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan dan menyerang beliau di ruangan komen posting Facebook beliau. Malah, ada yang setuju Tan Sri Lim Kim Yew dikenakan hukuman kerana menghina Jalur Gemilang. Apa pandangan anda mengenai isu ini?

Sumber