Situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini nyata memberi kesan terhadap ekonomi rakyat Malaysia-terutama mereka yang sudah berkeluarga.

Perkara itu dapat dilihat melalui peningkatan mendadak aduan diterima Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah berhubung suami atau bekas suami tidak memberi nafkah kepada isteri atau bekas isteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya sebelum ini hanya menerima lima aduan sebulan mengenai perkara itu.

“Kali ini kita menerima lima aduan dalam masa lima hari,” katanya kepada Berita Harian.

Aduan itu menurutnya diterima melalui laman sosial Facebook rasmi BSK atau e-mel BSK negeri dan semakin meningkat selepas pihak mereka membuat hantaran yang mengatakan aduan boleh dibuat di Facebook rasmi milik BSK.

Walaupun terdapat peningkatan mendadak aduan mengenai perkara itu, pihak mereka menurutnya akan menyemak dan memproses setiap aduan yang diterima.

“Setiap aduan yang masuk akan disemak dan diproses oleh BSK.

“Suatu notis peringatan akan dikeluarkan kepada suami atau bekas suami, sebelum tindakan selanjutnya seperti runding cara, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah diambil oleh BSK, yang akan dilaksanakan selepas tempoh PKP tamat,” jelasnya.

Walaupun keadaan ekonomi rakyat sedikit terjejas ketika ini, namun kita boleh bersyukur dengan cara pengendalian wabak COVID-19 di negara kita. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui. 

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

Malaysia Cecah 2,000 Kesembuhan Di Saat Dunia Menghampiri Kes Positif Ke-2 Juta

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Sumber