Tahun 2011, aku dalam perjalanan ke pejabat lepas pekena rojak di Titiwangsa waktu nampak seorang anak muda berdiri tengah-tengah panas sambil goncang tin cat.

Ardy Damis, nama glamour dia. Waktu itu masih umur 24 tahun, asal Parit Buntar, Perak – lepas sekolah dia merantau ke KL.

Katanya, seni grafiti di Malaysia bermula sekitar tahun 1998 di Batu Pahat, Johor oleh ‘crew’ PhobiaKlik, kemudian ia berkembang. Di Kuala Lumpur ada ‘crew’ Sembur With Style (SWS) yang juga aktif ber-grafiti.

Cuba tengok berapa banyak tin cat dia.
Cuba tengok berapa banyak tin cat dia.

“Dalam Hip Hop ada empat elemen utama, bang. Emcee, DJ, B-Boy dan grafiti – ini semua membentuk ‘scene’ kami,” jelas beliau. Aku angguk sahaja, buat-buat faham.

Sengaja aku biar dia sembang panjang, kemudian aku tanya soalan cepumas.

“Kau ni boleh hidup ke dengan lukis dinding saja? Nanti kau nak kahwin, nak ada anak, kalau jumpa bakal mak mertua takkan kau nak kata kerja kau lukis dinding?”

Dah nak siap...
Dah nak siap…

Dia tengok aku, terasa kecil-besar-kecil-besar anak mata dia di sebalik cermin mata besar menutupi 1 per 3 mukanya itu.

“Kalau abang tanya saya, saya jawab – setakat hari ini saya ada kerja tetap – tukang gunting rambut. Grafiti masih part time. Tapi kalau abang tanya orang lain, ada kawan saya yang buat RM 30,000 hanya dengan satu projek je bang,” dia jawab.

Terbeliak mata aku sekejap. Lima angka!

Tapi Damis pantas membawa aku kembali ke realiti.

Ardy Damis
Ardy Damis

“Tengok hari juga bang, kalau hari baik, dengan mudah boleh dapat antara RM 4,000 hingga RM5,000 sebulan bagi yang buat bisnes ini sepenuh masa,” tambah beliau.

Damis kemudiannya dengan tenang jelaskan, ahli grafiti yang bagus biasa akan dapat tawaran untuk buat hiasan dalaman kedai-kedai, majlis-majlis dan seperti yang aku jumpa dia ni, di tapak pesta.

Waktu aku jumpa Damis ni, dia masih menggunting di Bukit Bintang. Terakhir aku dengar, dia dah menggunting di kedai Joe Flizzow.

Pelbagai tudung penyembur yang diguna untuk buat 'stroke' yang berbeza.
Pelbagai tudung penyembur yang diguna untuk buat ‘stroke’ yang berbeza.

Abang doakan kau terus berjaya dik. Nombor telefon kau abang dah tak ada. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.

SHARE cerita ini kalau kau percaya rezeki itu ada di mana-mana bagi yang kuat berusaha.

Sekian,
Ali Imran
Bila rap, bunyi macam lebah hurung sarang
wartawanawam.com

BACA: Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah