Baru-baru ini sebuah kereta kereta Toyota Vios dipandu mangsa berusia 24 tahun kemalangan, kejadian pukul 4.52 pagi itu turut melibatkan sebuah Perodua Bezza dan SUV Range Rover.

Seorang lelaki parah manakala empat lagi cedera dalam kemalangan tular melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 17.1 Lebuh Raya Persekutuan di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu bersama dua mangsa lain memandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

“Siasatan mendapati kereta Vios di lorong tengah lebuh raya dipercayai dilanggar Range Rover dari arah belakang.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, perlanggaran itu turut menyebabkan SUV berkenaan terbabas ke sebelah kiri lebuhraya. Sebuah kereta Bezza yang datang dari arah belakang kemudian tidak sempat mengelak lalu turut melanggar Vios mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan seorang parah, manakala dua penumpang kereta dan dua pemandu lain cedera,” ujarnya

Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan pihaknya dengan setakat ini laporan polis diterima daripada pemandu kereta Vios sahaja, petik kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook Polis (IPD) Shah Alam.

Dalam pada itu, beberapa ciapan dikongsikan oleh warganet mendakwa pemandu SUV ketika itu mempunyai latar belakang keluarga VIP yang berpangkat ‘Tan Sri’.

Memetik ciapan @Mdimrxn_, beliau telah merakam ‘keterangan’ yang dikongsikan oleh seorang pemandu Porsche ‘saksi’ yang berada semasa kejadian.

Sementara itu, akaun @stuchico pula menyatakan insiden yang berlaku itu turut menyebabkan beberapa kereta lain, termasuklah sebuah kereta peronda polis terlibat dalam kemalangan lain.

Selepas satu jam insiden berlaku, terdapat satu kereta terbabas dan melanggar Ranger Rover yang tersadai di tepi jalan. Kemudian, sebuah kereta peronda polis Proton Waja diletakkan di tengah-tengah jalan untuk cover Toyota Vios. Namun, kereta peronda itu turut dirempuh kenderaan lain juga. Kemalangan itu berlanjutan sehingga kira-kira 7 pagi.