Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, memaklumkan laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari yang menyebabkan lorong laju di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara, kini perlahan lebih lapan kilometer, lapor Berita Harian.

“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak) hingga ke lokasi kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna lebuh raya tersebut ada berkongsi rakaman video dashcam sekumpulan penunggang superbike memecut memotong kenderaan-kenderaan lain di kawasan selekoh.

Pada akhir video berkenaan didapati beberapa motosikal sudah terbabas dan ada mangsa masih terbaring di atas jalan raya.

Pada ketika ini kawasan kemalangan sudah dibersihkan, tetapi masih terdapat kesesakan selama 20 minit dari Genting Sempah-Gombak, lapor Astro Radio Traffic.

Sumber