Jaipur merupakan kota terbesar dan terancang di India. Bandar ini merupakan ibu kota Rajasthan dan kaya pelbagai warisan budaya yang ditonjolkan melalui tradisi, gaya hidup, kesenian, barang kemas, tekstil dan seni bina.

Jaipur juga turut dikenali sebagai ‘Pink City’ disebabkan kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya antara yang membuatkan bandar ini tampil unik. Warna tersebut diinspirasikan daripada seni bina bandar Mughal yang menggunakan batuan merah.

Tidak cukup dengan itu, Jaipur juga mempunyai tempat pelancongan yang sangat memukau. Jadi kami ingin menyenaraikan lima tempat menarik yang wajib anda kunjungi ketika pergi bercuti di sana.

1. Amer Fort

jaipur Amer Fort

Amer Fort merupakan kota istana yang berada di Jaipur dan mula dibina oleh Raja Man Singh I. Kota ini terletak di puncak Bukit Kota Amer. Dibina pada tahun 1592 dengan bahan binaaan seperti batu merah, batu putih dan turut mempunyai unsur Hindu dan Rajput. Disini juga mempunyai banyak beberapa kawasan sangat menarik yang anda wajib untuk kunjungi antaranya Sheesh Mahal atau lebih dikenali dengan nama ‘Mirror Palace’.

Jika anda melawat ke sini, kami mencadangkan anda untuk datang pada awal pagi agar sempat merasai udara segar dan dingin di atas kota ini. Selain itu, pada waktu malam juga mereka turut mengadakan pertunjukan cahaya pada di kota itu.

Pertunjukan ini akan berlangsung selama 50 minit dan ia silami dengan kisah cerita sejarah mengenai Maharaja Sawai Jai Singh II menjadi pelindung kota Amber Fort dan bandar Jaipur dari kena serang oleh musuh.

2. Choki Dhani

Choki Dhani

Jika anda ke Jaipur jangan lupa singgah ke Choki Dhani. Choki Dhani merupakan tempat perkampungan kebudayaan kaum masyarakat di India. Disini anda boleh pelajari dan mengenai budaya mereka dengan lebih dekat. Selain itu, mereka juga turut mengadakan persembahan pertunjukkan tari menari, bermain api, silap mata, pertunjukkan haiwan dan pelbagai lagi aktivit lain.

3. Hawa Mahal

Hawa Mahal

Hawa Mahal merupakan salah satu bangunan terkenal dengan panggilan nama bandar merah jambu ini. Hawa Mahal terletak berdekatan dengan ‘City Palace’. Disini dahulunya merupakan kawasan khas untuk para wanita berketurunan diraja.

Mereka juga terikat dengan sistem purdah yang mana mereka tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang tidak dikenali dan tidak dibenarkan pergi ke kawasan awam.

Bangunan ini dibina dengan batu pasir merah dan merah jambu serta melambangkan bentuk mahkota dewa Krishna. Disini terdapat karya seni bina dengan lebih dari 900 jokokhas yang terukir dengan ukiran atau tingkap kecil yang berada di bangunan ini. Jharokhas direka sedemikian rupa kerana untuk memberikan pengudaraan udara yang baik di dalam istana serta ia memberi udara sejuk walaupun pada musim panas.

Airasia x Jaipur

IMG_20180728_181424

4. Galtaji Temple (Monkey Temple)

Galtaji-Temple-1

Galtaji Temple atau dikenali sebagai kuil monyet merupakan salah satu tempat tarikan pelancong datang ke Jaipur dan ia terletak 10km dari dari bandar. Dibina pada abad ke 18 oleh Maharaja Sawai Jai Singh II, Diwan Rao Kriparam.

Kuil ini dikelilingi oleh bukit-bukit yang indah di Aravali Range dan beratus-ratus ekor monyet yang berada dan tinggal di kuil ini jadi memang sesuai dinamakan sebagai kuil monyet.

5. Jantar Mantar

Jaipur Jantar Mantar

Jantar Mantar merupakan tapak warisan dunia dibawah UNESCO dan merupakan antara tapak astronomi terbesar dibina dunia. Ia dibina oleh Maharaja Sawai Jai Singh II yang merupakan pengasas bandar Jaipur ini. Disini terdapat lima astronomical observatories yang dibina oleh beliau.

Disini terdapat enam belas alat geomatri yang digunakan untuk mengukur masa, melihat bintang, dan memerhatikan orbit planet-planet di sekeliling matahari. Disini juga mereka turut menempatkan Pusat Tafsiran yang membantu para pelancong memahami tentang prinsip kerja dan kronolgi pemerhatian astronomi.

jamtar-mantar-jaipur-1600×900

Kepada yang ingin bercuti di India, kami mencadangkan anda untuk memilih Jaipur sebagai destinasi pilihan kerana bandar ini kaya dengan dengan sejarah dan rekaan bangunan klasik.

Menyoal tentang tiket penerbangan, AirAsia baru sahaja membuka laluan penerbangan terus ke Jaipur dari KLIA 2 pada Februari lalu. Dengan penerbangan empat kali seminggu hari isnin, rabu, jumaat dan sabtu ia memudahkan anda untuk merancang serta merasai sendiri pengalaman bercuti ke kota Pink ini.

Untuk tidak melepaskan promosi terbaru daripada AirAsia, anda boleh muat turun aplikasi AirAsia yang tersedia di iOS, Android dan laman web airasia

jaipur.

airasiax_white

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group