Oppo Malaysia telah mengeluarkan kenyataan, dimana mereka akan menjual Limited Edition Gilded Oppo R5 berwarna emas pada Valentine’s Day, 14 Februari 2015 nanti. Perlu diingatkan juga, hanya 2,800 unit sahaja dijual dan setiap satu berharga RM 1,798.

Untuk spesifikasi, R5 Gold hadir dengan paparan skrin 5.2-inci AMOLED FULL HD, cip pemprosesan lapan-teras Snapdragon 615, memori 2GB RAM, storan dalaman 16GB, kamera belakang 16-megapixel manakala kamera hadapan 5-megapixel, kapasiti bateri 2,000mAh dan menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda sedang mencari telefon nipis dan lain dari yang lain, Limited Edition Gilded Oppo R5 adalah pilihan terbaik anda. Telefon pintar ini adalah ternipis di dunia daripada Oppo. Layari laman rasmi Oppo untuk maklumat lebih lanjut.

r5 (1)