Nota Editor : Artikel ini asalnya diterbitkan di FB wall  Zamri Mohamad,  penulis 24 buah buku dan ebook, dan juga pengasas kursuspenulisan.com

keliru

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Risiko terlalu banyak ilmu (dan buku)

Terlalu banyak atau limpahan ilmu yang dapat kita lihat sekarang. Pasti ramai yang berfikir dan bertanya pada diri, “Mana satu yang sesuai kepada saya dan mana yang perlu saya buat?”

Soalan ini sama sahaja seperti soalan yang saya tanyakan kepada Puan Ainon Mohd. ketika mempelajari teori dan teknik berfikir. Puan Ainon memilih menggunakan lateral Thinking Edward De Bono.

Mengapa beliau memilih satu mazhab? Nasihat beliau : “Saudara gunakan teknik yang mudah saudara lakukan berkali-kali dan mudah disampaikan kepada orang lain.”

Kemudian Tuan Aqif Azizan juga memberi nasihat ketika mengikuti sesi pemasaran konten beliau pada bulan lalu. “Tuan, dalam satu kitab yang saya baca, para sahabat Nabi tidak akan beralih segera ke ayat lain sehinggalah memahami sepuluh ayat Quran pertama yang diajarkan oleh Rasulullah.”

Beberapa tahun yang lalu, almarhum Sheikh Ahmed Deedat menegur rakyat Malaysia dalam sesi jelajah dakwahnya, iaitu, “Jangan tamak mahu membaca semua buku saya. Kuasai satu dan Allah akan berikan satu lagi….”

Terakhir, jauh sebelum tahun kita lahir, Napoleon Bonarparte berkata, “Sebuah buku (yang dihadam betul), maka saudara akan menguasai dunia.”

Biar ilmu dinaiki secara bertangga. Agar kaki jelas memijaknya. Lelah nafas tenang dan terus menghirupnya.

Like page The Vocket di Facebook