Pengenalan kriptowang oleh syarikat-syarikat besar nampaknya bukan lagi menjadi sesuatu yang baru. Malah, ianya semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Terbaru, aplikasi permesejan popular iaitu LINE pula antara yang bakal memperkenalkan kriptowang yang tersendiri. Difahamkan langkah untuk memperkenalkan kriptowang ini dibuat berdasarkan jumlah pengguna mereka yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kriptowang yang dinamakan sebagai BITBOX ini turut disasarkan buat pengguna LINE untuk membuat bayaran. Pada peringkat awal ini, difahamkan LINE bakal melabur sebanyak $10 juta untuk melancarkan proses pembangunan blockchain dan kriptowang ini.

Sumber