Pastinya syarikat LinkedIn tidak asing bagi anda diluar sana. Mula dibuka sebagai laman web untuk membuka peluang pekerjaan, kini laman ini semakin serius untuk meneroka pasaran negara lain. Syarikat LinkedIn yang merupakan syarikat jaringan profesional terbesar di dunia akan membuka sebuah pejabat di Malaysia pada suku pertama 2019.

Tujuan utama penubuhan pejabat di Malaysia berikut menawarkan khidmat kepada empat juta ahli di negara ini justeru meningkatkan perniagaan di Asia Pasifik. Malah, LinkedIn sudah mempunyai hampir lebih daripada 28 juta ahli di ASEAN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengarah Urusan untuk Asia Pasifik Olivier Legrand, Linkedln juga berminat untuk memanfaatkan 600 juta penduduk ASEAN bagi mewujudkan akses peluang ekonomi untuk para profesionalnya.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.