Seorang penunggang basikal tidak dapat menghabiskan kayuhan ke garisan penamat apabila dia terlanggar seorang penonton di acara ‘Condaca Salmor Bike’ di El Hierro, Kepulauan Canary baru-baru ini.

Kemalangan itu berlaku selepas penonton cuba melintas jalan ketika penunggang basikal menghampiri ke garisan penamaat. Beberapa saat sebelum kejadian, kelihatan ada seorang lelaki lain telah berjalan melintasi terlebih dahulu di tempat yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=xNH8LnAvhMM&t=1s

Pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian pada pukul 3 petang selepas dimaklumkan mengenai berita penunggang basikal tersebut telah bertembung dengan seorang penonton.

Memetik laporan Cycling Weekly, penunggang basikal itu telah dibawa ke Hospital Nuestra SeƱora de Los Reyes dan hasil rawatan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan di bahagian kepala peringkat sederhana. Manakala penonton yang dilanggar itu tidak dapat dipastikan keadaannya terkini.

“Maklumat awal yang kami terima penunggang basikal itu telah melanggar seorang penonton semasa acara sukan tersebut berlangsung. Rawatan awal terhadap penunggang basikal itu mendapati mangsa cuma mengalami kecederaan di bahagian kepala yang tidak serius.

“Wanita yang dilanggar itu pula dirawat di tempat kejadian oleh perkhidmatan perubatan yang bertugas semasa acara tersebut berlangsung. Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu,” terang jurucakap pusat penyelarasan perkhidmatan kecemasan.

Menurut Cycling Weekly, seramai 270 pelumba basikal bertanding dalam acara itu dan berakhir dengan tragedi betul-betul berhampiran dengan garisan penamat.

Semasa acara Tour de France pada bulan Jun lalu, seorang wanita diburu pihak polis kerana menjadi punca kepada kemalangan yang melibatkan puluhan penunggang basikal profesional.

Teruja Wajah Masuk TV, Wanita Jadi Punca Kemalangan Tour de France Diburu Polis

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen