Peminat filem Rambo: Last Blood pasti teruja apabila filem kelima siri filem Rambo ini akan ditayangkan tidak lama lagi. Boleh dikatakan babak aksi yang ditonjolkan dalam setiap filem Rambo berjaya memukau penonton.

Justeru itu, Lionsgate telah mengisytiharkan untuk menyambut ‘Rambo Day’ secara rasmi pada 18 September 2019. Sambutan tersebut dikhabarkan akan diadakan di beberapa bandar di Amerika Syarikat.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →
rambo-last-blood-e1566927539162

Sumber: Google

Watak John Rambo yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone merupakan watak ikonik franchise filem aksi terbaik sepanjang 37 tahun ini. Sedikit sinopsis berdasarkan trailer yang dikongsikan oleh Lionsgate adalah kita dapat lihat sedikit sebanyak flashback dari saat awal John Rambo hingga sekarang dan apa yang menjadikan dia seorang lagenda.

Malah, John Rambo yang telah pulang ke rumah diserang oleh musuh-musuh lama dan kini misinya adalah untuk melindungi satu-satunya keluarganya di rumah tersebut. Berbalik semula kepada Rambo Day, ia adalah satu acara yang menarik diadakan di beberapa tempat di Amerika Syarikat seperti Arizona dan Los Angeles.

Selain itu, jika anda membeli tiket Rambo Marathon, $1 daripada duit tiket akan disalurkan kepada veteren dan anggota tentera. Malah, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah jika memasuki pertandingan membuat video pendek yang menarik perhatian dan menunjukkan anda seorang peminat setia Rambo.

Bagi pertandingan video pendek, semua orang di seluruh dunia boleh sertai. Adakah anda berminat untuk menyertainya? Siapa teruja untuk menonton filem Rambo: Last Blood ini?

Bagi anda yang tidak tahu, filem Rambo: Last Blood ini akan ditayangkan pada 20 September 2019 ini. Tonton dahulu trailer filem tersebut pada pautan di bawah. 

Tonton Trailer Terbaharu Filem ‘Rambo: Last Blood’

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Tonton Trailer Rasmi ‘Bad Boys for Life’

Anda Mungkin Suka