Yes merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang giat memperluaskan servis 5G untuk kegunaan orang ramai. Dengan penawaran peranti yang menyokong 5G, pasti ramai mahu menikmati internet berkelajuan tinggi yang ditawarkan oleh mereka.

Terbaharu, Yes baru sahaja mengumumkan kemas kini kawasan yang menerima liputan servis 5G menerusi laman sosialnya. Melaluinya, mereka telah menyenaraikan Felda Mata Air yang terletak di Perlis di bawah senarai lokasi baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Shopee

Dengan inisiatif ini sekaligus menjadi penanda aras baharu buat Yes yang mana berjaya memperluaskan penawaran servis 5G ke negeri di utara tersebut. Memandangkan Yes telah menggunakan infrastruktur Digital Nasional Berhad, maka tidak hairanlah jika pelbagai syarikat penyedia lain turut memperluaskan servis 5G di kawasan berkenaan kelak.

Buat anda yang menggunakan peranti dengan sokongan 5G berserta kad sim Yes, bolehlah mencuba servis 5G ini di Felda Mata Air, Perlis hari ini. Berdasarkan pemerhatian di laman rasmi Yes, terdapat sejumlah kawasan yang sedang dibangunkan untuk liputan 5G dan dijangka bakal tersedia secara berperingkat pada masa kelak.

Sumber