Blackpink bukan lagi satu nama asing di dalam industri hiburan dunia. Kumpulan terkenal dengan lagu Kill This Love ini telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu mengungguli carta lagu dunia, malah kini kecantikan mereka turut diiktiraf dunia.

Dua orang ahli kumpulan dari Korea Selatan itu berada di kedudukan lima teratas dalam senarai  ‘Wajah Wanita Tercantik Asia 2019’, dengan Lisa berada tangga pertama. Lisa meraih undian tertinggi daripada peminat dalam satu kajian dikeluarkan oleh TCC Asia.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Sumber: Cosmo.ph

Jennie berada di No. 3 manakala dua orang ahli Blackpink tidak begitu jauh, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo berada pada kedudukan 22.

Sementara itu, selebriti Xiao Zhan berjaya tersenarai tempat pertama sebagai ‘Wajah Lelaki Terkacak Asia 2019’. Dan artis Bollywood terkenal iaitu Aamir Khan juga tercalon dalam ‘Top 100 Lelaki Terkacak 2019’.

Syarikat induk TCC Asia ialah TC Candler, yang menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990.

Gara-gara dipromosi oleh Jennie dan Jisoo dari kumpulan Blackpink, keropok Super Ring kini laris dijual di Korea. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea

Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain

‘Fake Love’ Daripada BTS Berjaya Menjadi Lagu K-Pop Paling Kerap Distrim Di Spotify

Anda Mungkin Suka