Penipuan tidak berlaku kepada orang kebanyakan sahaja. Terbaharu, seorang bintang K-Pop kegemaran semua orang, Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa Blackpink telah ditipu sebanyak 1 bilion won, iaitu bersamaan dengan RM3.5 juta oleh bekas pengurusnya.

Bekas pengurusnya yang tidak dinamakan telah memanfaatkan hubungannya dengan penyanyi yang mempunyai 33.5 juta pengikut di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia individu yang bertanggungjawab menerima wang bagi pihak Lisa, di mana dia mengatakan akan menggunakan wang tersebut untuk membeli hartanah buat Lisa, namun dia sebenarnya telah menggunakan wang itu untuk berjudi, lapor YG Entertainment, syarikat yang menguruskan Lisa.

“Setelah meneliti masalah ini, kami mengesahkan bahawa Lisa adalah mangsa penipuan oleh bekas pengurus.

“Lisa bercadang untuk menyelesaikan masalah ini secara baik, kerana bekas pengurus itu adalah orang yang dipercayai oleh Lisa. Dia telah membayar sebahagian dari jumlah tersebut dan telah meninggalkan syarikat itu setelah bersetuju untuk menggantikan jumlah wang tersebut,” kata YG Entertainment dalam satu kenyataan.

Mereka juga menambah bahawa mereka malu dengan tingkah laku pengurus tersebut dan pihak agensi telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada peminat Lisa Blackpink.

Melalui satu laporan berita, bekas pengurus tersebut dilaporkan telah bekerja dengan Blackpink sejak hari pertama kumpulan itu ditubuhkan.

Sumber itu menambah bahawa kerana Lisa adalah anggota asing (dia berasal dari Thailand), dia sangat terdedah dan mempercayai bekas pengurus tersebut secara membuta tuli.

Lisa sebelum ini pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di Asia pada tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lisa Blackpink Dinobatkan Wanita Tercantik di Asia 2019

Cubaan Melelong Kerusi Yang Digunakan Oleh Lisa Manabon Dengan Harga RM13,000 Dikecam Peminat Blackpink