Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @n_ahwal telah berkongsi keluhannya berhubung isu guru mengajar secara ‘live’ di media sosial sedangkan berada dalam kelas bersama murid-murid.

Lantaran itu, dia bertindak untuk menegur guru tersebut tetapi kemudian telah disekat. Baginya, perbuatan guru itu tidak dapat diterima kerana sewajarnya guru memberikan sepenuh perhatian kepada murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keluhan tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak menyokong tindakan guru itu mengajar secara ‘live’ sedangkan kelas fizikal sedang berjalan.

Hal tersebut dilihat guru itu tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada pelajar yang berada dalam kelas kerana terganggu dengan mahu mengajar secara ‘live’.

https://twitter.com/slothtired_/status/1514156807518064640

Isu ini juga mendapat perhatian Radzi Jidin, jurucakap Kementerian Pelajaran dan mengatakan bahawa pegawai awam adalah dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran akan menyiasat isu ini untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Buffet IKEA Kembali Sehingga 29 April, Ini Seleksi Menu Yang Tersedia Buat Para Pelanggan

Warganet Terpegun Lihat Kereta Mini Tamiya Ini Bergerak ‘Sepantas Kilat’