Bekas pegawai Presiden Amerika Syarikat mengaku bersalah atas tuduhan melobi Donald Trump secara tidak sah bagi menggugurkan siasatan berhubung skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor South China Morning Post.

Elliot Broidy, mengaku bersalah atas tuduhan bahawa dia bersekongkol untuk melanggar Akta Pendaftaran Ejen Asing (FARA) semasa perbicaraan di hadapan Hakim Persekutuan, Colleen Kollar-Kotelly.

Dia yang sebelum ini memegang jawatan berkaitan kewangan dalam kempen Trump pada 2016 didakwa menerima jutaan dolar daripada warga asing yang tidak didedahkan identitinya dengan tujuan memastikan siasatan mengenai 1MDB oleh badan undang-undang AS ditamatkan.

Menurut The Edge Markets, FARA mengkehendaki mana mana individu yang melobi kerajaan AS bagi entiti asing supaya berdaftar dengan Jabatan Kehakiman, di mana Broidy mengaku tidak berbuat demikian.

Beliau berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan bersetuju untuk dikenakan penalti sebanyak AS$6.6 juta (RM27.3 juta). Bagaimanapun, mahkamah tidak segera menjatuhkan hukuman ke atas Broidy dan menetapkan perbicaraan semula pada bulan Februari, lapor Berita Harian.

Untuk rekod, Broidy dilantik pada 2017 oleh pelabur asing dipercayai Low Taek Jho (Jho Low) untuk mendesak wakil AS bagi menghentikan siasatan terhadap skandal 1MDB yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Nor Salwani diangkat sebagai hero oleh orang ramai apabila tindakan ‘gila’ beliau membongkarkan skandal 1MDB. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Angkat Nor Salwani Sebagai Hero Selepas Misi ‘Gila’ Bongkar Salah Laku 1MDB

Bekas CEO Sahkan RM70,000 Daripada Dana 1MDB Dibelanjakan Untuk Kopi Starbucks

Filem Skandal Kewangan Terbesar Dunia, 1MDB Bakal Ditayangkan Di Bangkok