Giant melancarkan kempen Lock-On-Low (LOL) yang akan memastikan setiap pelanggan menikmati harga paling rendah untuk 500 produk paling popular mereka. Kempen ini akan sentiasa memastikan setiap produk dari senarai 500 item akan di locked-in supaya harganya sama atau lebih murah berbanding pasaraya lain. Bagus bukan?

Kempen ini sudah pun berlangsung dan akan tamat 31 Disember 2017 ini dan seluruh 123 cawangan Giant akan terlibat dengan kempen ini. Ianya berita baik untuk para pelanggan lebih-lebih lagi dengan raya Aidil Adha yang bakal dirayakan hujung bulan ini. Pastinya kita akan membeli bahan-bahan masakan untuk masak juadah hari raya bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat ibu bapa yang ada anak kecil, ini berita baik untuk anda. Giant akan menyediakan satu ruangan Baby World yang baru supaya ianya menjadi one stop shop untuk ibu bapa membeli barangan keperluan anak-anak seperti susu, pampers dan sabun mandian. Jadi tidaklah ibu bapa perlu ke hulu-hilir untuk mencari barangan untuk anak kecil selepas ini.

g2

Kemepn LOL ini sejajar dengan saranan kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup para pengguna yang tidak sepatutnya terbeban dengan kos kehidupan yang tinggi ketika ini. Pihak Giant berharap kempen LOL ini dapat bantu pengguna berbelanja pada harga yang lebih murah berbanding pasaraya lain serta mengurangkan kos sara hidup pengguna.

Dengan bilangan 500 produk pada harga paling murah di pasaran, memang tak ada sebab untuk tidak lawat Giant selepas ini. Kudos buat Giant untuk usaha murni ini. Untuk lihat senarai penuh 500 yang terpilih dalam kempen LOL ini, boleh klik di sini.