Perintah ‘lockdown’ selama 21 hari telah dikuatkuasakan oleh kerajaan India bagi menangani isu wabak COVID-19 yang melanda negara tersebut. Terbaharu, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah meminta maaf kepada rakyat, khususnya golongan miskin kerana ‘lockdown’ telah menyusahkan kehidupan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh beliau, Modi secara terbuka meminta maaf kepada rakyat India.

Modi berkata bahawa beliau sedar bahawa kelompok yang paling terkesan akibat perintah ‘lockdown’ ini adalah mereka yang tersangkut di beberapa bandar besar di India.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Perang dengan wabak corona ini susah dan memerlukan keputusan yang drastik. Saya minta maaf kerana mengambil langkah-langkah drastik yang telah menyebabkan kesulitan dalam hidup anda, terutama orang miskin,” kata Modi.

“Saya tahu beberapa dari anda marah kepada saya. Tetapi tindakan drastik perlu di ambil bagi memenangi perang ini,” katanya lagi, seperti dikutip dari The Star.

Keputusan yang diambil oleh Modi telah menyebabkan kekacauan di beberapa bandar besar di India apabila mereka yang bekerja atau menganggur terpaksa menempuh jalan pulang ke kampung dengan berjalan kaki setelah beberapa perkhidmatan awam ditutup.

Khamis lalu, beliau telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi bernilai $ 22.6 bilion untuk membantu rakyat India yang terkesan, khususnya golongan miskin.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Google, ada lebih 1,000 orang pesakit COVID-19 di India, manakala 28 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 100 pesakit yang telah sembuh.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di dalam Malaysia dan seluruh dunia, klik pautan di bawah.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Netizen ‘Salah Faham’ Kenyataan Artis Rayu Bantuan Khas COVID-19?

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Sumber