Dari awal tahun lagi pengarah filem Logan, James Mangold sudah merancang untuk menghasilkan filem Logan dalam versi hitam putih. Filem terakhir Wolverine ini mempunyai tajuk yang baharu, ‘Logan Noir’.

Apa yang mengecewakan peminat Wolverine adalah ianya hanya akan ditayangkan di Amerika Syarikat dan bukannya untuk worldwide release. Hanya beberapa panggung sahaja yang akan menayangkan filem Logan versi hitam putih ini pada 16 Mei nanti.

James Mangold membuat keputusan untuk menghasilkan Logan versi hitam putih filem ini selepas beliau banyak merakam gambar hitam putih semasa di set pengambaran filem Logan. James merasakan ianya pasti hebat untuk membuat versi hitam putih filem ini berdasarkan test shot yang beliau rakam. Tetapi jangan risau, versi hitam putih ini akan dihasilkan untuk tontonan umum dalam format Blu-ray di masa akan datang.

Pada saya, jika filem ini dihasilkan hitam putih dari awal pun tidak mempunyai masalah kerana jalan cerita Logan ini yang hebat. Di bawah adalah contoh jika anda filem Logan ini dalam versi black and white. Cuma ianya belum dibuat color grading yang akan menambah kehebatan filem ini. Ada yang teruja untuk tonton filem ini dalam versi hitam putih?