Walaupun ramai dalam kalangan kita yang menghabiskan banyak waktu di laman sosial Facebook, tetapi tidak ramai yang perasan akan perubahan yang dilakukan terhadap logo Facebook sedia ada.

Minggu ini Facebook mula menggunakan logo baru mereka dalam setiap aset mereka dan konsep yang digunakan masih sama, iaitu menggunakan font tulisan klasik Facebook dan berbeza pada huruf ‘a’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin gambar di bawah dapat membantu menjelaskan perubahan tersebut:

facebook

Pada bahagian kiri menunjukkan logo lama Facebook yang digunakan sejak tahun 2005, dan disebelah kanan pula logo baru Facebook yang berbeza pada huruf ‘a’.

Walaupun perubahan ini kelihatan kecil bagi kebanyakan orang, tetapi tidak bagi Facebook yang melihat ia sebagai satu perkara penting.

Lihat: US Cabar Jepun Untuk Pertarungan Robot Gergasi Yang Epik

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram