Satu petisyen telah dilancarkan oleh Saiqa Noreen untuk mendesak Nike menarik balik pengeluaran kasut model Air Max 270 dimana kasut tersebut didakwa bersifat blasphemy iaitu menghina agama.

Dikatakan logo di bahagian bawah kasut ini menyerupai kalimah Allah dalam bahasa Arab dimana ianya bersifat menghina agama dan boleh menyinggung perasaan orang Islam.

Nike-Air-Max-270-Main

Screenshot 2019-01-28 at 1.38.13 PM

Ini bukan kali pertama Nike berdepan masalah logo dengan kalimah Allah. Sebelum ini, Nike juga pernah menarik semula kasut modelnya pada tahun 1997 berikutan logo yang digunakan menyerupai perkataan Allah. Kali ini timbul semula isu yang sama dan ketelusan Nike yang dikatakan menghormati semua agama dipersoalkan ramai pihak ketika ini.

nike_air_bakin
Sumber : E-bay

Setakat ini, seramai 5,436 orang telah menandatangani petisyen tersebut dan jika anda ingin menunjukkan sokongan agar Nike menarik balik pengeluaran kasut model tersebut, anda boleh layari laman web ini untuk berbuat demikian.

Bila dilihat dengan teliti, logo berkenaan membawa maksud ‘Air Max’. Huruf ‘M’ dan ‘A’ yang bergabung menyebabkan ianya mirip dengan kalimah Allah. Apa pula pandangan anda tentang isu ini?

Sumber