Sekiranya anda merupakan peminat jenama Apple pastinya anda cukup tahu dimana jenama ini pernah menggunakan logo pelangi untuk sebuah tempoh yang lama bermula tahun 1977 sehingga 1998.

Menurut MacRumors, Apple bercadang untuk mengembalikan nostalgia untuk memperkenalkan kembali logo pelangi pada produk keluarannya yang merangkumi desktop Apple.

Walau bagaimanapun, cadangan ini hanya kekal sebagai ura-ura ini. Sebelum ini, Apple pernah memperkenalkan produk Apple Watch berunsur pelangi menerusi pride edition. Berikut merupakan rekaan konsep Apple Macbook Pro serta Apple Park yang dihiasi dengan rekaan pelangi.

MacBook-rainbow-Apple-logo-concept (1)
Sumber: MacRumors
appleparkrainbowarch
Sumber: MacRumors
rainbow-apple-park-800×400
Sumber: MacRumors
Sumber