Lama sebelum enjin carian didominasi oleh Google, Yahoo merupakan platform orang ramai untuk mencari sesebuah maklumat. Keadaan syarikat ini nampaknya semakin goyah selepas orang ramai bukan sahaja beralih ke Google bagi tujuan enjin carian malah untuk perkara-perkara lain melibatkan e-mel dan sebagainya.

Terbaru, syarikat ini baru sahaja memperkenalkn logo terbaru mereka buat kali ketiga dalam 10 tahun. Bermula dengan logo pertama berwarna merah pada awal tahun 2000, syarikat ini mula mengemaskini logo mereka dengan pilihan warna ungu yang tampak lebih moden.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Logo syarikat ini berubah sekali lagi pada era Marissa Meyer sebagai CEO sebelum diambil alih oleh Verizon pada tahun 2016 yang memperlihatkan logo syarikat ini berubah baru-baru ini. Berikut merupakan perubahan logo syarikat ini sebelum dikemaskini.

Screen Shot 2019-09-25 at 8.23.33 AM

Buat mereka yang menggunakan internet menjankau dua dekad, pastinya Yahoo meninggalkan pelbagai kenangan dan nostalgia buat anda. Paling diingati ramai sudah pastinya Yahoo Messenger yang telah ditamatkan perkhdimatan oleh pihak Yahoo tahun lalu.

Kami kongsikan kepada beberapa artikel berkaitan Yahoo. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut dengan laman carian yang meninggalkan pelbagai kenangan ini.

Yahoo Messenger Bakal Ditamatkan Perkhidmatan Bulan Hadapan

Masa Depan Yahoo, Marissa Mayer Dan Mengapa Nama ‘Altaba’ Dipilih

Yahoo Berjaya Dibeli Oleh Verizon Dengan Harga $4.8 Billion