Ketika bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz melancarkan logo Visit Malaysia 2020, ianya dikecam hebat kerana rekaan logo berkenaan yang tampak outdated. Nampaknya logo Visit Malaysia 2020 tidak akan kekal dan akan diganti dengan logo yang baharu.

Logo lama yang menampilkan gambar Petronas Twin Tower, dua ekor orang utan dan penyu memakai cermin mata hitam akan tinggal sejarah kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan melancarkan satu pertandingan yang terbuka kepada umum untuk menghantar penyertaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BhQZJ9_BsDs/?hl=en&taken-by=mymotac

“Kami akan buka peluang secara pertandingan pula tahun ini. Ia satu idea yang baik untuk mendapatkan rekaan paling cantik di samping rakyat Malaysia dapat berkongsi idea kreatif mereka kepada semua,” Kata Datuk Muhamaddin Ketapi.

Perbincangan akan dibuat dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini dan butiran tentang pertadingan ini akan dilancarkan jika ianya sudah ditetapkan kelak.

Jadi inilah masa untuk rakyat Malaysia tampil kreatif dan masuk pertandingan ini. Mana tahu rekaan anda menang nanti. Kami akan umum tentang pertandingan ini sekiranya ianya sudah rasmi kelak.

Menerusi pertandingan juga, Tourism Russia dapat hasilkan rekaan logo epik ini. Adakah anda akan rindu dengan logo lama Visit Malaysia 2020 ini?

Sumber