Setiap kali ada destinasi yang cantik, pasti ramai orang tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke sana. Lalu, lokasi tersebut mulai sesak dan menjadi tempat tumpuan pelancong.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @youzernotfaun memaparkan satu tempat cantik persis seperti di Jepun.

@youzernotfaun

Loji taik sungai petani #fyp #sungaipetani

♬ Choking on Flowers – Fox Academy

Akan tetapi, tempat itu sebenarnya merupakan loji kumbahan di Sungai Petani. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berasa terkejut.

Rata-rata netizen mengatakan hanya mereka yang sanggup menahan bau boleh bergambar di situ kerana dari dalam kereta sudah boleh bau aroma yang tidak menyenangkan.

https://twitter.com/Farehaaaan/status/1471087693912109061

Malah, para netizen mengatakan walaupun cantik tetapi mereka tidak akan ke sana. Bukan itu sahaja, ada juga netizen telah terjah ke lokasi tersebut. Difahamkan lokasi tersebut telah ditutup kepada orang ramai kerana tidak selamat.

Sementara itu, ‘spot’ viral melihat kapal terbang di KLIA telah ditutup kerana sesak dengan ramai orang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup

‘Diserang’ Kaum Bajau Laut Di Pulau Tatangan, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Cemas

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya