Bagi peminat anime Jepun, dapat berkunjung ke negara matahari terbit ini memberi satu perasaan teruja yang berbeza. Apatah lagi bila dapat ke lokasi seperti yang terdapat di dalam anime kegemaran.

Itulah yang telah berlaku ke atas Ahmad Junaedi, jejaka dari Indonesia yang telah travel solo ke Jepun buat kali kedua pada Februari lepas, semata-mata untuk menerjah lokasi yang berlatar belakangkan anime kegemaran dan melihatnya di alam nyata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula dengan melakukan kajian di Google, menurut Junaedi kebanyakan informasi yang ditemui di dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Disebabkan tidak menggunakan portable wifi dan bagi memudahkan pencarian sewaktu di Jepun nanti, Junaedi telah mencari lokasi anime tersebut di Google Maps dan mencetak gambar lokasi berkenaan sebelum berangkat ke sana.

Berikut lokasi yang telah dikunjungi oleh Junaedi bagi anime Kimi No Nawa (Your Name) :

1. Hida City (Kimi No Nawa / Your Name).

Hida City terletak satu prefecture dengan Takayama, lokasi di mana salah satu titik awal untuk berkunjung ke Shirakawa-Go.

“Perjalanan saya dari Kyoto ke Takayama menggunakan Shinkansen dan kereta JR lain yang ditanggung dalam JR-Pass. Dari Stesen Takayama, saya naik JR Takayama Line dan turun di stesen Hidafukurawa. Jika tidak menggunakan JR Pass, tambangnya adalah 240 Yen.

Dari stesen saya berjalan ke beberapa lokasi anime yang juga berada di stesen itu sendiri: dari jambatan di stesen, dalam stesen tempat membeli tiket, dan juga di depan stesen.

Dengan bantuan peta dari Google map yang sudah saya cetak, saya mengunjungi Hida City Tourist Center di mana saya bertanya adakah tempat yang ingin saya kunjungi membuat gelang seperti Mitsuha (yang sudah tonton filem ini pasti tahu) tetapi malangnya hari itu tutup pula.

Kemudianya saya diberitahu jika saya mengambil gambar beberapa latar belakang filem Kimi No Nawa dan tunjukkan kepada Tourist Center tersebut saya akan mendapatkan peta bergambarkan filem tersebut.”

Kerana tawaran menarik ini Ahmad Junaedi mengambil keputusan untuk snap gambar di beberapa lagi tempat di sini dan berjaya mendapatkan peta percuma.

“Di sini juga saya mencuba snek yang ada dalam filem tersebut. Saya lupa harganya berapa, nama snek tersebut ialah gohei mochi. Rasa snek agak masin tapi ok lah bila minum dengan teh.”

“Saya juga masuk ke dalam perpustakaan dan ke salah satu kuil di Hida ini.”

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-1

Stesen Hidafukurawa. Diambil dari tangga stesen untuk tukar jalan. Ada petunjuk spot yang bagus untuk ambil gambar.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-2

Hidafukurawa station anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-3

Depan lokasi Hidafukurawa station. Lokasi di mana Taki bertanya mengenai desa Itomori kepada petugas.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-3b

Hidafukurawa station anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-4

Dalam stesen Hidafukurawa. Maafkan muka saya yang tidak menyerupai ceritanya Taki sedang cari informasi dari dalam stesen.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-4b

Hidafukurawa station anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-5

Tempat yang ikonik di stesen ini.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-5b

Dalam perpustakaan Hida City. Tempat di mana Taki dan dua sahabatnya mencari informasi tentang desa Itomori.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-6

Hida City Library anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-7

Tangga menuju ke salah satu kuil di Hida City. Taki dan sahabtanya sedang bertanya kepada penduduk setempat mengenai desa Itomori.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-7b

Tangga menuju kuil anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-8

Di salah satu restoran di mana tempat rakan Taki makan gohei mochi semasa berehat. Di depan tempat saya duduk ini sebenarnya jalanan jadi makannya di luar gitu.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-8b

Toko Gohei Mochi anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-9

Inilah Gohei Mochi yang rasanya masin tetapi ada teh untuk penawarnya.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-10

Kuchikami Sake yang dijual di salah satu kedai di sini. Dalam filem ini, sake menjadi perkara penting bagi Mitsuha dan Taki.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-11

Toko Gohei Mochi.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-12

Sebenarnya tempat ini adalah tempat membuat gelang Mitsuha tetapi saya tidak bernasib baik, tempat ini sedang tutup. Di sini saya boleh buat gelang seperti yang dibuat di dalam filemnya.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-13

Kereta dari Hidafukurawa yang saya naiki untuk kembali ke Takayama.

2. Tokyo: Shinjuku, Shibuya, Yostuya, & Shinanomachi (Kimi No Nawa/Your Name)

Selang beberapa hari kemudian Junaedi ke Tokyo pula untuk meneruskan misi beliau ini. Di Tokyo Junaedi ditemani oleh 2 rakan berbangsa Jepun, Kii dan Shino.

Dengan adanya 2 rakan Jepun ini, Junaedi tidak perlu bimbang lagi tentang sesat. “Lokasinya ada beberapa. Yang pertama di Shinjuku intersection/Nishi Shinjuku. Lokasi ini mudah ditemui dari stesen Nishi-Shinjuku. Kemudian ada Cafe La Boheme, tempat Taki (salah satu watak utama di dalam filem ini) bekerja separuh waktu. Kafe ini letaknya persis di samping Shinjukugyoenmae park.

Disebabkan kawan saya sudah buat tempahan sebelum ke sini, jadi kami tidak perlu beratur. Nampaknya barisan cukup panjang jika datang walk in. Ini restoran Itali, jadi makanannya makanan Itali. Harganya cukup mahal sih bagi saya haha.”

Selepas itu ada Shibuya Tsutaya di Kafe Starbuck nya. Ada juga jejantas Shinanomachi, di dalam filem jejantas ini adalah tempat di mana Taki menunggu untuk bertemu dengan seseorang.

“Yang paling hits di Tokyo ialah Suga Shrine, di Yotsuya. Lokasi ini agak tersorok dari jalan. Ia menjadi latar utama dalam poster filem dan juga merupakan scene terakhir dalam filem ini.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-15

Tangga paling hits! Lokasinya di sebelah Suga Shrine di Yotsuya. Jalan masuknya lewat jalan kecil waktu itu. Di sini pasti ramai kerana ikonik banget dengan poster dan scene terakhir di filemnya.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-15b

Tangga Suga Shrine anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-15c

Saya sebagau Taki (Lol) dan Shino-senpai sebagai Mitsuha. Gambar oleh Kii-senpai.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-16

Nishi-Shinjuku Intersection, lokasinya di belakang balai polis Shinjuku.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-16b

Nishi-Shinjuku Intersection anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-17

Dari dekat penyeberangan Shinanomachi.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-17b

Dekat penyeberangan Shinanomachi anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-17c

Gambar yang di cetak dari scene untuk dirakam di lokasi sebenar.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-18

Penyeberangan Shinanomachi tempat Taki berjanji untuk bertemu orang.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-18b

Penyeberangan Shinanomachi anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-19

Cafe La Boheme tempat Taki bekerja part time. Mahal, nasib senpai belanja. Haha.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-19b

Cafe la Boheme anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-19c

Ramai kan? Yang beratur di luar juga masih banyak.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-20

Dari seberang Shibuya crossing walk anime vs real.

3. Nagano: Lake Suwa (Kimi No Nawa/Your Name).

Dengan menggunakan JR Pass Junaedi meneruskan misi ke Nagano. Sesampainya di sini Junaedi terlebih dahulu ke Matsumoto untuk mengambil gambar di lokasi beberapa scene dari anime Orange. Setelah selesai dan sebelum kembali ke Tokyo, Junaedi ke Lake Suwa dari Matsumoto station.

“Dengan naik Super Azusa Limited Express, saya langsung sampai di Kami-Suwa station dan terus ke Tourist Center yang ada di stesen. Pemandangan yang bagus untuk melihat Lake Suwa adalah dari Tateishi Park.”

Untuk ke Lake Suwa Junaedi diberi pilihan sama ada berjalan kaki atau naik bas. “Disebabkan saya tiba di stasiun sewaktu senja, jadual ke sana sudah tidak ada. Saya akhirnya jalan kaki mengikuti arah dari brosur yang diberikan di Tourist Center tadi.”

“Cukup jauh dan jalannya mendaki, kerana taman ini letaknya memang di atas. Lake Suwa ini adalah panorama dari Itomori (desanya Mitsuha) dalam filem. Kalau bajet lebih disarankan naik teksi saja tapi mahal.”

Kaki saya terasa penat kerana perlu mendaki  tetapi saya puas dan di dalam stesen Kami-Suwa ada footbath percuma. Jadi sambil menunggu kereta ke Tokyo boleh rendam  kaki terlebih dahulu.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-14

Lake Suwa dari Tateishi Park. Seperti yang saya katakan, menuju lokasi ini perlu usaha yang lebih: kaki harus kuat untuk berjalan. Boleh naik bas kalau tidak mahu terlewat hingga matahari terbenam, atau naik taksi. Lake Suwa ini adalah panorama dari desa Itomori.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-14b

Itomori (Lake Suwa) anime vs real.

4. Bonus: Kyoto & Uji (Hibike! Euphonium) & Takayama (Hyouka)
Ada beberapa foto bonus pilgrimage saya ke Kyoto, Uji, dan Takayama untuk kedua anime tersebut.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-21

Kitauji Highschool Bassband concert di Kyoto station dalam anime Hibike! Euphonium. Anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-22

Uji-jinja Shrine di Uji dalam anime Hibike! Euphonium. Anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-23

Asuka’a bridge di Uji dalam anime Hibike! Euphonium. Anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-24

Kumiko’s Bench di Uji River dalam anime Hibike! Euphonium. Anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-25

Bigpape Cafe di Takayama dalam anime Hyouka. Anime vs real.

lokasi-anime-Kimi-No-Nawa-26

Kopi yang saya beli sama dengan Kopi yang Oreki beli dalam anime Hyouka di Cafe BagPipe di Takayama. Anime vs real.

Mungkin anda juga mahu ke lokasi di atas jika ke Jepun, terutama bagi peminat siri anime ini.

Baca lagi: Apa Kesudahan Kartun Doraemon? Saya Ke Osaka Untuk Jejak Nobita Dan Temui Ini