Sewaktu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Cik Linda Hasim, ramai yang menyangka ia adalah gambar percutian beliau di Maldives. Hakikatnya percutian singkat gadis ini hanyalah di sebuah resort persendirian di Pulau Redang, Terengganu.

Menurut Linda, ia bukanlah percutian yang dirancang dengan teliti dan lama. Tempahan hotel dibuat 3 hari sebelum trip bermula. Linda dan rakan terbang berdua ke Terengganu, kemudiannya mereka terus ke Terminal Syahbandar dan mengambil feri ke Pulau Redang. Tambang feri adalah RM110 seorang untuk perjalanan pergi balik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Percutian selama 3 hari 2 malam Linda dan rakannya ini adalah di Sari Pacifica Resort & Spa Redang  yang terletak di pantai persendirian (private beach). Maka tak hairanlah kebersihan dan keindahan pantai dan laut di sekitar resort ini dijaga dengan baik.

Dari segi tempahan hotel pula, ia dibuat melalui Booking.com. Memandangkan Linda merupakan pelanggan tetap laman carian tempahan hotel ini termasuk sewaktu travel ke luar negara, beliau berada di Level Genius.

Contoh Rebate untuk tempahan hotel di masa akan datang yang diterima oleh Linda sebagai ahli Genius Level Booking.com.

“Saya pengguna tegar Booking.com. Semua tempahan hotel saya buat dengan Booking.com sama ada sewaktu travel di dalam mahupun di luar negara. Tak pernah guna web lain. Malahan, kawan saya pun tak dapat harga lebih rendah seperti saya semasa buat tempahan hotel,” ujar Linda.

Jumlah yang dibayar oleh Linda sepanjang menetap di sini ialah RM720 untuk 1 bilik berdua, termasuk sarapan. Jika dibandingkan dengan harga dan pakej yang ditawarkan di laman web Booking.com memang ternyata Linda menikmati harga diskaun yang jauh lebih murah.

Apa itu Genius Program Booking.com?

Merupakan loyalty programe (program kesetiaan pelanggan), program ini membolehkan mereka yang berada di Genius Level menikmati 10% diskaun tambahan daripada harga tempahan hotel yang dipaparkan di laman web Booking.com. Genius Level biasanya diberikan kepada ahli yang kerap membuat tempahan di laman carian hotel ini.

Memang tak sangka ada resort menarik begini di Malaysia. Oh ya. Ada 2 resort bagi Sari Pacifica Resort & Spa ini. Satu di Pulau Redang dan satu lagi di Pulau Lang Tengah. Yang awesome ini adalah di Pulau Redang. Jangan keliru pula.

Bagaimana jika tiada Genius Level Booking.com? Usah risau. Anda boleh tinjau dan buat perbandingan harga di Agoda.com, HotelsCombined.com dan Hotels.com. Survey dulu dan bandingkan harga sebelum buat tempahan.

Ok, jom layan gambar awesome Linda.

Baca lagi: Hanya Dari RM180 Sebilik Dan Kolam Renang Peribadi, Lelaki Ini Enjoy Sakan Bercuti Di Sini