Gempar seluruh Malaysia sejak semalam apabila Malaysia mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 mencecah tiga angka. Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang membayangkan sekiranya Malaysia sekali lagi terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan laporan, salah seorang individu yang disahkan positif COVID-19 menerusi kluster Sungai baru sahaja melawati 14 lokasi di Langkawi pada minggu lalu. Individu tersebut telah berada di Pulau Langkawi pada 5 September dan telah meninggalkan pulau tersebut pada keesokan harinya pada 6 September.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 8 September 2020

Menerusi kes terbaru yang disahkan, pihak kesihatan telah mulai menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap individu rapat yang berada di kawasan berkenaan bermula jam 2 petang ini.

Selain itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mohd Lutpiyudin  telah mulai melawati 14 lokasi yang terlibat serta meminta individu yang berada di kawasan berkenaan untuk memberi kerjasama dalam menjalani ujian saringan COVID-19.

maxresdefault (9)

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak panik dan diharap dapat terus mengikuti SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Pemilik hotel, premis serta tempat tumpuan pelancongan juga dinasihatkan untuk terus merekodkan maklumat pengunjung.

Diharap orang ramai juga dapat elakkan daripada berkongsi maklumat palsu mengenai kes COVID-19 yang berlaku daripada kluster Sungai.

Di Indonesia, gara-gara tidak memakai pelitup muka, seramai 54 individu telah dihukum merenung kubur mangsa COVID-19.

Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka, 54 Individu Dihukum Renung Kubur Mangsa COVID-19

Kepulauan Di Brazil Ini Hanya Dibuka Buat Pelancong Yang Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka