Air yang jernih membiru dan bersih pastinya menjadi lokasi yang sangat menyeronokkan untuk mereka yang suka menyelam.

Kali ini kami bawakan 35 lokasi yang memiliki air yang jernih dan bersih. Ada yang boleh diminum terus tanpa perlu di masak!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pulau Linapacan, Palawan, Filipina – lokasinya di kawasan pedalaman menawarkan air yang jernih dan pantai yang bersih.

Scott Sporleder

2. Maldives – kaya dengan hidupan laut dan terumbu karang. Menjadi pilihan ramai bagi yang ingin menikmati percutian menarik sebelum pulau-pulau di sini hilang di tenggelami air.

2-Maldives

3. Dog Island, San Blas, Panama – merupakan salah satu dari kawasan simpanan di bawah kepulauan Kuna (Kuna Island).

Scott Sporleder

4. Cayo Coco, Cuba – Pernah dianugerahkan sebagai salah satu dari destinasi utama bagi peminat sukan skuba kerana kejernihan airnya.

4-Cayo-Coco-Cuba

5. Cala Macarelleta, Menorca, Sepanyol – terletak di bahagian paling selatan Pulau Mediterranean di Menorca, Cala Macarelleta hanya boleh di jejaki dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Merupakan lokasi paling sunyi berbanding kawasan tumpuan pelancong lain di Sepanyol.

5-Cala-Macarelleta-Menorca-Spain

6. Sua Trench, Samoa – Sua itu sendiri bermaksud kolam besar dalam bahasa Samoa. Kedalaman kolam semula jadi ini adalah 30 meter dengan air yang jernih.

sua-trench-samoa

7. Tasik Crater, Oregon – kadar penglihatan di tasik ini adalah 43.3 meter, antara yang paling dalam boleh dilihat hingga ke dasar di dunia. Untuk ke tasik ini anda perlu melalui laluan berbatu. Perjalanan balik yang mendaki merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi.

7-crater-lake

8. Pantai Bak Bak, Borneo – anda boleh ke sini dengan menaiki kenderaan selama 3 jam 30 minit dari Kota Kinabalu, Sabah.

Bak-Bak-Beach-Borneo

9. Jiuzhaigou Valley, Sichuan, China – diwartakan sebagai taman negara oleh Kerajaan China .

8-Jiuzhaigou-Valley-China

10. Semporna, Sabah, Malaysia – aha, Sabah masuk senarai bah! Semporna memang terkenal dengan kejernihan airnya. Semporna juga menjadi hub bagi peminat aktiviti skuba di sekitar Sabah.

semporna-sabah

11. Tasik Jenny, Wyoming – terletak hampir di kemuncak gunung Grand Teton, yang terkenal di kalangan pendaki. Walaupun motor bot di benarkan di tasik ini, kejernihan airnya masih terpelihara. Harapan kami ia kekal begitu hendaknya.

11-Jenny-Lake-Wyoming

12. Rio Sucuri, Brazil – terletak di daerah Pantana, Brazil, sungai ini yang kaya dengan berbagai tumbuhan di dasarnya diwartakan sebagai sungai paling jernih di dunia. Anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkeling jika ke sini.

11-Rio-Sucuri-Brazil

13. Calanque de Sormiou, France – merupakan teluk dengan dinding batuan yang curam sepanjang 20km dari Marseille and Cassis. Selain dari air yang jernih dan pantai yang cantik, Calanque juga digemari oleh para pendaki.

Calanque de Sormiou, France

14. Pulau Panari, Okinawa, Jepun – juga di panggil pulau Aragusuku merupakan sebahagian dari kepulauan Yaeyama di Jepun. Dikenali sebagai lokasi terbaik untuk aktiviting menyelam dan kaya dengan berbagai hidupan laut dan terumbu karang sebesar saiz di Great Barrier Reef. Dianggarkan terdapat lebih dari 400 jenis karang laut, 5 jenis penyu, ikan pari, jerung dan berbagai jenis hidupan laut tropika di sini.

13-Panari-Island-Aragusuku-Island-Okinawa-Japan

15. Puerto Ayaro, Galapagos – walaupun bandar ini memiliki populasi penduduk terpadat di Galapagos, namun ia masih menawarkan air yang jernih dan bersih. Iguana, singa laut, ikan pari dan berbagai spesis ikan dapat dilihat berkeliaran bebas  di sini.

14-Puerto-Ayora-Galapagos-Ecuador

16. Tasik Tahoe, Nevada – gambar di bawah telah di ambil di sekitar bukit bonsai, si bahagian timur pesisir tasik ini. Merupakan lokasi yang tidak begitu diketahui bukan saja oleh pelancong tapi juga penduduk tempatan di sini.

14-Lake-Tahoe-Nevada

17. Cayos Cochinos, Honduras – lokasinya adalah di bahagian tengah teluk Carribean, Honduras.

15-Cayos-Cochinos-Honduras

18. Primosten, Croatia – di Teluk Adriatic, utara Split, Primosten di wartakan sebagai pantai tercantik di Croatia.

16-Capocesto-Sibenska-Croatia

19. St George, Bermuda – merupakan pulau jajahan Britain ini menawarkan air yang jernih di sekitarnya.

17-Bermuda

20. Hanauma Bay, Oahu, Hawaii – jika anda ke sini pada hujung minggu, ia dipenuhi oleh ramai pengunjung. Tapi pada hari biasa, anda berpeluang untuk menikmati air yang jernih dalam suasan damai.

hanauma-bay

21. Pupu Springs, New Zealand – terletak di puncak Golden Bay, South Island, dianggarkan 14,000 liter air mengalir ke sini setiap saat pada musim bunga.

21-Pupu-Springs-Tasman-New-Zealand

22. Calanque d’En-Vau, Perancis – satu lagi teluk dengan air yang bersih di Peracis. Tebing di teluk ini lebih curam dari Sormiou, terpencil, sunyi dan airnya sangat jernih.

22-Marseille-Calanque-de-Sormiou-France

23. Rio Azul, Argentina – air yang jernih sehingga boleh diminum tanpa perlu di masak, hanya di Rio Azul berhampiran El Bolsón, Patagonia, Argentina.

23-rio-azul-2

24. Corfu, Greece – pada kurun 1900, mereka yang berkunjung ke sini adalah golongan bangsawan dan kerabat diraja Eropah. Kini Corfu dikunjungi ramai dan berbagai pakej ditawarkan oleh syarikat pelancongan di sini.

23-Corfu-Greece

25. Aitutaki, Pulau Cook – pernah dianugerahkan sebagai pulau tercantik di dunia pada June 2010 oleh pengasas Tony Wheeler; Lonely Planet.

25-cooks

26. Koh Phi Phi Don, Thailand – menjadi terkenal selepas penggambaran filem The Beach dilakukan di pulau sebelahnya iaitu pulau Koh Phi Phi Leh. Hari ini Koh Phi Phi dikunjungi ramai kerana airnya yang jernih.

26-Koh-Phi-Phi

27. Playa Blanca, Colombia – mengambil masa 45 minit perjalanan dengan bot dari Cartagena, air di sini jernih dan biru berkilauan.

27-PLaya-Blanca

28. Tasik Biru (Blue Lake) New Zealand – lokasi tasik ini adalah di Nelson Lakes National Park, bahagian Southern Alps of New Zealand.

28-Blue-Lake-New-Zealand

29. Königssee, Jerman? – ramai yang masih tercari-cari di manakah sebenarnya lokasi ini dan siapakah fotografernya? Kemungkinan besar lokasinya adalah di Königssee, atau mungkin di sempadan antara Bavaria dan Austria.

29-Königssee-Germany

30. Valle Verzasca, Switzerland – air yang jernih di sungai Verzasca ini mengalir di sepanjang 30km di lembah berbatu di Switzerland ini. Empangan dengan nama yang sama telah dijadikan lokasi penggambaran filem James Bond – Goldeneye telah menyekat aliran air sungai ini hingga membentuk Lago di Vogorno.

20-Verzasca

31. Pulau Tioman, Malaysia – sekali lagi, salah satu dari lokasi di Malaysia masuk senarai. Lokasi di mana gambar ini diambil adalah di Kampung Genting, Pulau Tioman.

pulau-tioman

32. Belo Sur Mer, Madagascar – Ross Borden, fotografer yang mengambil gambar ini menceritakan lokasi terpencil ini ditemui hasil maklumat dari penduduk tempatan. Beliau sangat teruja sewaktu menghabiskan 2 hari di sini, melihat cara hidup masyarakat asli di sini dan melihat berbagai hidupan laut dalam di tempat yang alamnya masih terpelihara bersih ini.

32-Madagascar

33. Tasik Marjorie, California – tasik yang jernih dengan pemandangan menarik pada ketinggian 11,132 dari aras laut.

33-Lake-Marjorie-California

34. Bodrum, Turki – wilayah Bodrum ini disenaraikan antara 7 keajaiban dari zaman purba. Air di sini sangat jernih hinggakan terasa seperti motorbot sedang terapung di udara.

34-Bodrum-Turkey

35. Lokasi misteri – lihatlah ikan pari yang terdampar di dasarnya dapat dilihat dengan jelas. Lokasi yang tak dapat di kesan. Mungkinkah kepulauan di sekitar Asia Tenggara?

35-OrzUq

Sumber : MatadorNetwork

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram