Hai saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik di Korea merangkumi Pulau Jeju, Busan dan Seoul. Lawatan kali ini lebih menjurus ke arah melawat ke lokasi penggambaran K Drama tetapi kerana kesuntukan masa saya tidak dapat pergi ke semua tempat.

Di sini saya sediakan sedikit informasi berkaitan penginapan, pengangkutan dan beberapa maklumat penting yang mungkin dapat membantu perjalanan pembaca kelak. Perjalanan saya bermula pada 30.10.2017 dan berakhir pada 8.11.2017, iaitu pada musim luruh.

LOKASI KUNJUGAN SERTA TUNJUK ARAH

1. JEJU

Hari 1
1. Mysterious Road/ Dokkaebi Road – hanya untuk yang sewa kereta sahaja
2. Loveland : 12k₩ (untuk pengunjung berusia 20 tahun ke atas)
• Alamat : 2894-72, Cheonbaengi-ro, Jeju-si, Jeju-do
3. Aweol Monsant Cafe
• Tumpuan ramai orang. Berdindingkan cermin yang besar. Ada pantai cantik berhadapan dengan kafe tersebut.
4. Bomnal Cafe
• Ini adalah kafe anjing. Merupakan lokasi penggambaran drama Warm and Cozy.

Hari 2
1. Sangamburi Craters – Yuran masuk : 6k₩.
• Alamat :768, Bijarim-ro, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
• Kalau berjalan sampai atas akan jumpa buaian.
• Lokasi penggambaran Goddess of Marriage.

2. Mazeland
• Yuran masuk : 9k₩
• Alamat :2134-47, Bijarim-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
• Lokasi penggambaran Legend Of The Blue Sea

3. Woljeongri Beach : Free
• Alamat :Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do

4. Seopjikoji
• Yuran masuk : Percuma tapi untuk parking kereta adalah 2k₩
• Alamat : 107, Seopjikoji-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
• Lokasi penggambaran Warm and Cozy

5. Bagdad Halal Jeju Restoran
• Alamat : 38, Seogwang-ro 32-gil, Jeju-si, Jeju-do

6. Seongsan Ilchulbong Peak
• Kami tak sempat pergi tetapi boleh nampak view dari kawasan rumah api terletak di Seopjikoji.

Hari 3
1. Play K-Pop
• Yuran masuk : 15k₩
• Akan diberikan satu kad perlu scan untuk dapatkan gambar yang akan dimasukkan ke dalam Pendrive sebagai simpanan ,28k₩.
2. Jeusangjolli Cliff
• Yuran masuk : 2k₩
• Banyak mendaki dan tangga.
• Boleh peli poskad ,1k₩ dan post dengan caj 1k₩
• Tumpuan rombongan sekolah

3. Seonimgyo Bridge dan Cheonjeyeon Falls
• Yuran masuk 2.5kW
• Cantek ketika sunset
• Boleh beli limau dengan harga sebakul 3k₩
• Ada 3 air terjun yang boleh dilawati. Yang paling cantik air terjun nombor 1.
• Banyak bukit dan tangga.

4. Lotte Duty Free

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-1

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-2

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-4

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-3

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-5

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-6

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-7

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-8

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-9

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-10

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-11

2. BUSAN

Hari 1
1. Namil Villa lokasi penggambaran Fight For My Way
• Jigegol Station [지게골역], Busan Metro Line 2, Exit 2
• Perlu jalan kaki ,panjat bukit yang sangat tinggi dan juga tangga di celah-celah rumah penduduk sekitar.
• Kalau guna aplikasi Google Map sila taip nama sebenar apartment tersebut iaitu Hansung Apartment
• Jarak antara Namil Vila dan Namil bar adalah setengah jam kerana bukan dalam bangunan yang sama.
• Owner rumah Ko Dong Man masih tinggal di situ dan sangat ramah.

2. Jagalchi Market
• Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10
• Banyak kedai dah tutup dan berdasarkan informasi local ,banyak kedai dah tutup kerana pasar tersebut tidak selaku dan sepopular beberapa tahun yang lalu.

Hari 2
1. 168 Staircase lokasi penggambaran Shopaholic King Louie
• Busan Station
• Boleh naik monorail secara percuma untuk ke atas atau menggunakan tangga.

2. Namil Bar lokasi penggambaran Fight For My Way
• Gaya Station dan naik bas nombor 816 berhenti di Areumvill Apartment(아름질 아파트)
• Jalan kaki dan lokasi sebenar telah dialihkan ke bangunan lain sebab pemillik rumah mengadu pada kerajaan mendapat gangguan bunyi bising dari pelancong yang melawat lokasi tersebut.

3. Bosu Dong Bookstreet Alley – lokasi penggambaran Shopaholic King Louie
• Jagalchi Station (Busan Subway Line 1), Exit 3.
• Jalan kaki ke area pasar tepi jalan.

4. Taejongdae Park
• Nampo Station, exit 6 dan ambik bas 8, 30 atau 113

5. BIFF
• Jagalchi Station (Busan Subway Line 1), Exit 3.
• Shopping barang kosmetik.
• Makan streetfood

3. SEOUL

Hari 1
1. Myeondong
• Line 4 Myeondong
• Shopping barang kosmetik dan seafood
• Makan di Yoogane

Hari 2
1. Bok Chicken lokasi penggambaran Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (Kedai ayam goreng milik bapa Kim Bok Joo)
• Gireum Station dan naik bas nombor 171 atau 7211 berhenti di Main Gate Kookmin Uni .Bertentangan dengan enterance ada tangga turun ke bawah dan ke kiri.
• Nama restoran bukan bok chicken tetapi masih beroperasi macam biasa.

2. Dongdaemun Market
• Dongdaemun Station
• Makan ikan bakar dan sotong masak merah

3. Yongdap Station Pedestrian Bridge lokasi penggambaran Goblin
• Yongdap Station dan ambik tangga ke atas.
• Babak pertemuan pertama kali antara Grim Reaper dan Sunny

4. Sinchon Graffiti Tunnel lokasi penggambaran Goblin, Manhole dan While You Were Sleepinh Ep.25
• Sinchon station
• Jalan ke bangunan station sinchon (bukan station subway) berhadapan dengan sekolah Yonsei.
• Babak lucu antara Goblin dan Grim nReaper mengelak daripada dilanggar motorsikal)

Hari 3
1. Artmon Guesthouse Rooftop lokasi penggambaran Legend Of The Blue Sea.
• Berbayar untuk naik sekiranya bukan menginap di Artmon.
• Rooftop tutup pada pukul 10 malam.

2. Hanmi Secondhand Bookstore (Yellow bookstore) lokasi penggambaran Goblin.
• Dong Incheon Station dan ambik bas No. 9, 10, 15, 27, 28 berhenti di Baedari

3. Nanji Hanggang Park lokasi / Haneul Park penggambaran Strong Woman Do Bong Soon (Babak piknik episod terakhir)
• World Cup Station
• Yuran keretaapi peronda 3k₩

4. Midnight In Seoul
• Hakdong Station

5. Busanjib
• Myeondong

Hari 4
Namdaemun Market

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-12

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-13

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-14

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-15

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-16

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-22

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-21

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-20

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-19

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-18

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-17

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-23

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-24

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-25

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-26

PENGINAPAN
1. Jeju – Slowciti, 5 hari 4 malam berjumlah RM577.30 untuk 3 orang
2. Busan – Airtel ,3 Hari 2 malam berjumlah RM314 untuk 2 orang.
3. Seoul – Artmon Guesthouse ,4 hari 3 malam di Myeondong berjumlah RM526 untuk 3 orang

PENGANGKUTAN
1. Return Seoul (Airasia) : RM820
2. Gimpo-Jeju-Busan (Jejuair) : RM286.35
3. Busan Seoul (KTX) : 59.8K₩
4. Kereta Sewa Jeju untuk 4 hari (Sixth) :RM 342.70
• Kereta elektrik Ionic
• Setiap kali caj bateri untuk 100KM akan dicaj 2K₩ (ade slow dan fast)
• Perlu buat lesen di JPJ/UTC
• Pemanduan sebelah kanan dan patuh pada had laju.
• Subway dan bas menggunakan T-Money. Kami tambah nilai dalam 50k₩
• Metro pass sehari busan tiada limit,5k₩

MAKANAN
1. Bekal sendiri – nasi himpit, sambal ikan bilis dan serunding daging.
2. Breakfast Guesthouse – bijiran, susu segar, jem, jus oren dan roti (free).
3. Telur rebus (1.3K₩) dan Kimbap (1k-2K₩) dari GS25,7-11 dan CU.
4. Caramel Macchiato (6.5K₩) dari Aewol Mosant Cafe milik G Dragon yang terletak dia Aewol, Jeju.
5. Churros bersama Cinnamon (2.5K₩ ) di pantai.
6. Bahdad Restoran di Seogwipo bermenukan ayam tandoori, naan, mango lasi, nasi putih, ayam masala.
7. Aiskrim Oreo di Duty Free Lotte, Jeju.
8. Grapefruit Ade (500₩) dan kiub ais (500₩) di 7/11 dan GS25
9. Donat berinti (1.3K₩) ,donat mini klasik (300₩) di Dunkin Donut
10. Sotong masak merah (30K₩) ,Ikan bakar (30K₩) dan nasi (2K₩) di Jagalchi Market, Busan.
11. Pastry (1K-4K₩), Sandwhich tuna mayo (6.5₩) ,Coklat panas (3.5K₩) di Paris Baguette.
12. Toppoki (2K₩) dan Sotong Celup tepung campur dengan ubi keledek (3K₩) di food street terletak di BIFF ,Busan.
13. Ais krim yogurt bunga (3.8K₩) di Myeondong
14. Nasi goreng seafood (5.5K₩) di Yoogane, Myeondong.
15. Soft Crab (5K₩), udang tempura (5K₩), kek telur (2K₩), kuih ikan inti kacang merah (5biji ,2K₩) dan hotteok inti kacang merah (2K₩) di Myeodong
16. Ikan bakar, sotong masak merah untuk 2 orang makan, 3 nasi (22K₩) di Dongdaemun
17. Bijirin, susu dan topping Gummy Bear serta Marshmellow (5.2K₩) di Midnight In Seoul milik Jo Kwon 2AM.
18. Samgyetang (15K₩) dan sotong masak merah (30K₩) untuk 3 orang makan di Busanjib, Myeondong.
19. Hotteok inti cinnamon (1K₩),Odeng (1K₩) ,Roti bakar inti telur goreng sayur (2.5K₩) di pasar pagi Namdaemun.
20. Caramel Macchianto di Cafe D’asti (3.5K₩)

SUHU
Dari 12 hingga ke 3 celcius

INTERNET
• Miyo pocket wifi
• RM 141 untuk 9 hari
• 21GB

PAKAIAN
1. Heat-tech
2. Jaket kulit
3. Sweatshirt
4. Running Shoes

TUKARAN WANG

Perbelanjaan tidak termasuk hotel dan flight adalah RM1700. Saya tukar RM1707 dapat 450k₩.

TIPS/INFORMASI PENTING

1. Sila pakai running shoes daripada pakai kasut untuk cantik semata.

2. Pemilihan kimbap di 7/11 atau GS25 kena berhati-hati kerana dilabel dinyatakan tuna mayo sahaja tetapi sebenarnya terdapat kepingan daging babi di tengah kimbap tersebut. Satu kelebihan sekiranya tahu baca hangul kerana bahan di atas label kandungan dalah dalam bahasa Korea.

3. Kebanyakan tempat penggambaran yang disenaraikan adalah jauh dari pada bandar atau tumpuan ramai. Kena buat kira-kira yang betul supaya sempat ke semua tempat. Ada yang memakan masa sejam untuk sampai.

4. Bahan baca atau blog dirujuk kebanyakan pandu arah yang diberi tidak spesifik dan kurang tempat. Pastikan muat turun google maps dan ringankan mulut tanya tunjuk arah dari penduduk tempatan.

5. Di sekitar Jeju, kalau nak berbahasa Korea, sila pastikan tahu beza formal dan tak formal. Sebab di sini mereka terlalu sensitif dengan pemilihan tatabahasa yang betul.

6. Kebanyakan lokasi penggambaran telah dialih daripada lokasi sebenar. Penduduk tempatan bagitahu, yang pemilik rumah / bangunan mengadu pada kerajaan mereka berkenaan perangai pelawat yang suka buat bising di rumah atau kawasan kejiranan mereka.

7. Gambar rooftop dalam Legend Of The Blue Sea adalah sebenarnya guesthouse. Bagi bukan pelanggan guesthouse, akan dikenakan bayaran. Tapi ada khabar angin mengatakan akan ditutup pada Disember 2017.

8. Kalau naik bas pastikan arah yang betul dengan tengok stesen sebelum dan selepas untuk elak ambil bas yang salah arah.

9. Had kelajuan di Jeju adalah serendah 30Km/jam dan memang kena patuh.

10. Kesemua tempat yang saya pergi memerlukan energy yang sangat kental ,jalan berbukit dia curam nak hampir 90 darjah dan terlampau banyak anak tangga.

11. Tourist attraction di Jeju dan Busan kebanyakan ditutup pada pukul 5.30 petang.

12. Kalau nak naik teksi ,pastikan ada nombor telefon tempat dituju atau tahu nama jalan. Tapi beza teksi sini dan sana adalah ,meter akan diberhentikan sekiranya kesilapan jalan dilakukan oleh pemandu itu sendiri.

13. Jeju adalah sangat besar dan lebih selesa memandu dari guna kenderaan awam. Lebih selesa kerana memakan masa lama dari satu tempat ke tempat yang lain.

14. Kalau agak-agak nak dapat sheet mask percuma di Myeondong ,memang tidak akan dapat. Kalau mask da ambik and masuk tapi tiada pembelian barang ,staff dia akan ambil kembali mask yang diberi tadi.

15. Bila shopping boleh tanya sekiranya mahu terus tolak tax refund dari jumlah pembayaran. Kebiasaannya boleh dapat kalau pembelian lebih 50K₩

16. Kalau mahu harga kosmetik lebih murah adalah dinasihatkan guna bayaran tunai. Jumlah barang akan jadi sangat jauh lenih murah dan banyak sample percuma akan diberikan.

17. Kebanyakan kedai makan di pasar Jagalchi dah ditutup. Menurut penduduk tempatan, pendapatan peniaga di situ kian meleset sebab dah tak ramai datang dan makan di situ.

18. Sangat jimat kalau di Busan untuk pakai pass sehari subway dengan harga 5K₩ sahaja dengan penggunaan tanpa had.

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-31

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-32

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-33

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-34

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-35

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-36

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-37

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-38

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-39

trip-ke-lokasi-k-drama-korea-40

Baca lagi: Travel Ke Jepun Dan Korea, 20 Perbezaan Ketara Yang Aku Nampak Daripada 2 Negara Ini