Jauh perjalanan luas pandangan, mengembaralah kerana ia akan memberikan anda pengalaman dan memahami sendiri keadaan sesuatu tempat itu.

Bagi anda yang mengikuti Vocket di Instagram pasti anda sudah tahu keberadaan team Vocket di Sabah. Menerusi satu trip yang dianjurkan pihak Sabah Tourism dan AirAsia, kami berpeluang untuk ke Sabah selama 5 hari 4 malam.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Perjalanan kami ditemani oleh pemandu pelancong dari Sabah Tourism untuk melihat dan merasai sendiri tarikan yang berada di Sabah. Jadi, kami akan ceritakan tempat menarik yang anda boleh kunjungi.

1. Sandakan

photo_2018-11-15_15-59-43

Apa yang kami dapat katakan ketika berada di Sandakan, ia merupakan bandar yang penuh sejarah kerana terdapat tempat peninggalan sejarah dan tempat menarik yang boleh dilawati seperti Puh Jih Shih Temple, St. Michael & All Angel’s Church,  Agnes Keith House dan banyak lagi.

Berjalan-jalan disekitar Sandakan pastinya akan membuat anda berasa kagum dengan peninggalan sejarah yang ada. Boleh dikatakan anda akan lebih mengetahui akan sejarah sesuatu tempat itu.

photo_2018-12-09_11-16-58

photo_2018-12-09_11-16-20

Selain itu, tidak lengkap jika anda tidak kunjungi Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dan Pusat Perlindungan Monyet Belanda Labuk Bay. Buat pengetahuan anda, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok ditubuhkan bertujuan untuk membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitatnya semula apabila sampai waktu yang sesuai.

Manakala Pusat Perlindungan Monyet Belanda Labuk Bay pula, pada mulanya ianya merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Namun, setelah menyedari sebahagian kawasan bakau di dalam kawasan ladang kelapa sawit tersebut merupakan habitat kepada monyet-monyet Belanda, pemilik tanah telah membangunkan kawasan ini sebagai pusat perlindungan Monyet Belanda untuk dipelihara daripada diancam kepupusan.

Selain itu, anda juga boleh melihat beruang madu (sun bear) di Pusat Pemuliharaan Beruang Borneo. Pusat pemulihan tersebut dibina bertujuan untuk meningkatkan kebajikan haiwan dan pemulihan beruang madu Tanah Melayu (Helarctos malayanus). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah beruang madu dan meningkatkan kesedaran pemuliharaan tentang spesies ini.

IMG_3121

BACA: 6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

2. Lahad Datu

Jika anda menyukai keindahan alam semulajadi dan ingin lari dari kesibukkan kota, anda boleh bermalam di Tabin Wildlife Resort. Bukan sahaja anda akan merasa ketenangan berada dekat dengan alam semula jadi, tetapi pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini.

Aktiviti yang ditawarkan di sini adalah seperti jungle trekking untuk melihat mud volcano, dan air terjun. Aktiviti yang disediakan disini sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan diri dan menikmati alam semula jadi.

Pada waktu malam anda akan dibawa bersiar-siar untuk melihat haiwan di hutan. Anda boleh bayangkan keadaan tersebut seperti anda ke zoo pada waktu malam cuma anda berada lebih dekat dengan haiwan tersebut. Pastinya buat anda yang dibawa bersiar-siar akan dapat melihat pemandangan bintang yang sangat cantik. Keterangan cahaya bintang yang menyinari dapat dilihat begitu terserlah berikutan suasana yang sangat gelap.

3. Semporna

Bagi anda yang menyukai lautan biru, Semporna merupakan destinasi pilihan yang pastinya akan memberikan anda pemandangan dan pengalaman yang memukau. Lautan yang biru dan jernih pastinya membolehkan anda melihat hidupan laut dengan jelas hanya dari permukaan.

Tidak lengkap jika ke Semporna tetapi tidak menjelajah ke beberapa pulau disekitarnya dan snorkeling untuk merasai pengalaman lebih dekat dengan hidupan laut. Jika anda memilih untuk bermalam di Scuba Tiger Resort & Tours, terdapat pakej island hopping dan snorkeling yang ditawarkan.

Jadi, anda tidak perlu susah-susah untuk mencari pakej ditempat lain, malah tempat penginapan yang berhadapan dengan laut pastinya akan memberikan anda satu kelainan.

DCIM100GOPROG0686006.

Bukan sahaja anda akan dapat menerokai dan melihat keindahan lautan, anda juga akan dapat melihat kaum Bajau Laut. Untuk pengetahuan anda, kaum Bajau Laut ini tinggal di laut, dan bagi yang kurang berkemampuan, mereka hanya akan tinggal dalam sampan mereka, tetapi bagi mereka yang sikit berkemampuan, mereka akan membina rumah.

4. Tawau

Destinasi terakhir adalah Tawau, untuk makluman anda Tawau adalah bandar ketiga terbesar di Sabah. Bagi anda yang menyukai alam semula jadi, anda boleh berkunjung ke Tawau Hills National Park untuk melihat keindahan alam semulajadi.

Anda juga dapat melihat pokok tropika tertinggi di dunia yang terdapat di Tawau, tetapi untuk melihat pokok tersebut, anda perlu berjalan sejauh 900m ke dalam hutan.

photo_2018-12-09_11-16-53

Jika anda datang ke Tawau, anda perlu datang ke Teck Guan Cocoa Museum untuk melawat kilang koko, persembahan video berdurasi 20 minit, sedikit refreshment dan anda boleh ke kampung koko (di Quoin Hill) di mana anda boleh tinggal dan melihat ladang koko dan pemprosesan benih.

photo_2018-12-09_11-17-06

Pastinya tidak lengkap jika tidak membeli-belah, pasar besar Tawau merupakan destinasi tarikan pelancong dan juga masyarakat setempat untuk membeli-belah. Pelbagai barangan yang anda boleh beli di sini seperti kerepek dan keropok yang terkenal di Sabah, ikan masin dan periuk belanga. Jika anda seorang yang suka membeli belah, sediakan wang yang mencukupi agar boleh beli barang yang anda inginkan.

Adakah anda pernah ketahui kewujudan columnar basalt di luar negara? Di Tawau juga terdapat columnar basalt atau kita panggil batu bersusun, malah anda boleh mandi-manda di situ jika tidak hujan.

Apa yang kami dapat simpulkan sepanjang percutian ke Sabah ini, banyak tempat menarik yang boleh diterokai. Malah jika anda mahu travel secara solo adalah sangat selamat.

Untuk pengetahuan tambahan anda, AirAsia terbang ke 26 destinasi lain dari Sabah; 20 destinasi dari Kota Kinabalu, 4 destinasi dari Tawau dan 2 destinasi dari Sandakan. Jadinya, anda boleh terus ke destinasi lain selepas habis jalan-jalan di Sabah.

Tunggu apa lagi? Boleh terus tempah penerbangan dengan AirAsia untuk explore sendiri semua tempat-tempat menarik ini.

Anda Mungkin Suka