Penantian akhirnya berakhir bagi peminat sukan padel di Kuala Lumpur setelah lapangan sukan raket pertama ASCARO telah dibuka secara rasmi minggu lalu. Terletak di atas bumbung 1Utama New Wing, tarikan baru ini akan memberi pengalaman yang unik dan menarik kepada dunia sukan dan hiburan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan ASCARO, Daniel Liljekvist berkata sukan gaya hidup ini bakal berkembang di ibu kota dan menarik generasi baru pemain dan peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awalnya, Liljekvist merancang untuk membangunkan dua lapangan di kawasan lebih kecil di luar bandar, tetapi kemudian memutuskan untuk empat lapangan premium daripada pembekal rasmi World Padel Tour.

Untuk melengkapkan pengalaman ini, restoran di atas bumbung – PALOMA – akan menawarkan pelbagai hidangan Mediterania yang menyelerakan sambil menawarkan pemandangan menakjubkan dari atas bumbung 1Utama.

Buat anda yang tidak tahu, padel adalah sukan yang merupakan gabungan antara tenis dan skuasy. Ia dimainkan di atas padang berukuran 10m x 20m dengan pagar kaca dan dawai bersih di sekelilingnya.

@mashablesea

Eat, play, and relax in this new padel court in Malaysia. šŸŽ¾ šŸ“ ASCARO Padel & Social Club Venue: 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Malaysia #temanmego #malaysia #sportsclub #1utama #padel #ascaro #petalingjaya

ā™¬ original sound – Mashable Southeast Asia – Mashable Southeast Asia

Visi ASCARO adalah untuk memperkenalkan sukan ini di Malaysia sebagai sukan gaya hidup dan mahu ia dikenali dalam kalangan peminat sukan raket. Menariknya, ASCARO turut menyediakan ruangan locker eksklusif berserta gimnasium terbuka yang dilengkapi sepenuhnya produk pembekal rasmi Olimpik – Eleiko untuk para pemain.

ASCARO secara rasmi telah dibuka pada 11 Mei 2023 dan sekiranya anda mahu mencuba sukan ini, boleh terus rooftop 1Utama New Wing. Selamat mencuba!