Adakah anda masih ingat akan tragedi yang berlaku pada tahun lalu dimana melibatkan sekumpulan pelajar bersama jurulatih terperangkap dalam gua Tham Luang?

Kesemua mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Selepas kejadian tersebut, gua itu telah ditutup kepada pengunjung untuk mengeluarkan semua peralatan menyelamat dan membangunkan semula kawasan gua tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
076693500_1531726353-Dampak-Kekurangan-Oksigen-Saat-Wisata-Gua-By-lfgalvao-shutterstock_700007008
Sumber: Klikdokter

Terbaharu, gua itu telah dibuka semula kepada pengunjung sejak 1 November 2019. Untuk pengetahuan anda, anda dibenarkan masuk ke dalam gua itu mulai dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Bagaimanapun hanya 20 pelawat dibenarkan masuk ke gua itu dalam satu masa serta perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

Bagi memperingati kejadian tersebut, sebuah muzium dan patung seorang penyelam, Saman Gunan yang maut ketika misi menyelamat telah dibina. Jika anda berpeluang ke Thailand, anda mungkin boleh melawat gua ini.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang tragedi tersebut? Klik pautan di bawah ini.

Ibarat Filem ‘The 33’, 12 Pelajar Thai Selamat Selepas 9 Hari Terperangkap Di Dalam Gua

Mangsa Gua Tham Luang Dijemput Bersama Zlatan Dalam Rancangan ‘The Ellen Show’

Elon Musk Tiba Di Thailand Dalam Misi Bantu Kanak-Kanak Di Gua Tham Luang

Sumber