Banyak spekulasi timbul berkenaan siapa yang akan menggantikan Daniel Craig sebagai the next James Bond. Dalam banyak-bannyak nama yang timbul, Tom Hiddleston adalah favourite untuk memegang watak spy tersebut.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Daniel Craig, aktor yang kini memegang watak James Bond telah menolak tawaran lakonan 68 juta pound untuk dua lagi filem James Bond yang akan datang.

Aktor yang dikenali sebagai Loki dalam filem Thor itu sedang dalam peringkat perbincangan dengan studio Eon yang bertanggungjawab menerbitkan filem James Bond. Perbincangan dengan Eon tidak bermakna yang Tom akan terus mengisi watak James Bond.

Sebelum ini, aktor Idris Elba juga turut menjadi perhatian peminat untuk menggalas watak James Bond ini. Jika Elba dipilih, beliau akan menjadi aktor kulit hitam pertama menjadi James Bond. Sesuatu yang menarik untuk franchise filem itu.

idris

Loki atau Heimdall, ianya masih belum pasti siapa yang akan memegang watak terkenal ini. Daniel Craig sudah menjadi James Bond dalam 4 filem sebelum ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk franchise ini mencari muka baru untuk filem seterusnya?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group