Monumen biasanya terdiri daripada bangunan atau ukiran patung yang dibina bertujuan memperingati orang ternama atau peristiwa tertentu. Boleh dikatakan setiap negara mempunyai monumen atau tugu tersendiri.

Tugu atau monumen ini bisanya sangat dihormati, tetapi lain pula ceritanya di Rusia. Lambang bintang di menara Soviet yang bertempat Voronezh, Rusia baru-baru ini menjadi mangsa vandalisma apabila tugu itu dicat menjadi seperti watak Patrick yang terdapat di dalam animasi Sponge Bob Square Pants.

Screenshot 2020-04-06 at 5.33.36 PM
HYPE
Pak Kodie Sering Beri ‘Nasihat’, Pasangan Suami Isteri Ini Bertindak Memarahinya?
Baca lagi →

Ini tidaklah menghairankan sangat, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku di Rusia. Sebelum ini Tugu Granit di Rusia pernah dicat menjadi seperti watak di dalam permainan Angry Bird dan Pokeball.

Cuma yang malangnya, kali ini pihak polis di Voronezh mengambil perkara ini dengan serius memandangkan kos kerja membaik pulih dianggarkan menelan belanja sekitar $1,500. Sesiapa yang didapati bersalah akan berhadapan dengan hukuman penjaran selama 15 hari.

2

1

loltang

Nasib baik cuma dipenjarakan selama 15 hari. Walaupun ini prilaku yang tidak bermoral, tapi kreatif dan berani juga orang Rusia ni.

Anda Mungkin Suka