Dalam banyak-banyak video parkour, ini adalah antara lompatan parkour paling gila yang pernah kami tonton. Team Night Scape merakam lompatan rakan mereka, Greg Ennis melepasi satu jurang yang mereka gelar ‘Death Drop’ (terletak di Somerset House, London). Kalau anda tak sabar untuk lihat, terus sahaja ke minit 18.00. Kalau tersilap langkah, memang ajal jawabnya. Lompatan front flip Greg memang sangat perfect dan just nice sahaja melepasi penghadang. Berani lain macam mereka ini.