Sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam salah satu temubual di TV bahawa London bakal menjadi tempat pertama yang bakal dibedil dengan peluru berpandu Rusia sekiranya perang dunia ketiga meletus. Andrey Gurulyov, seorang ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa pertahanan Moscow, menggambarkan pencerobohan berskala penuh terhadap negara anggota NATO akan berlansung.

Memetik The Independent, Gurulyov, bekas komander tentera dan ahli parti pro-Putin United Russia turut berkata, “Kami akan memusnahkan seluruh kumpulan satelit angkasa lepas musuh semasa operasi udara pertama. Tiada siapa yang akan peduli sama ada mereka orang Amerika atau British; kita akan melihat mereka semua sebagai NATO.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kedua, kami akan menyerang sistem pertahanan antipeluru berpandu, di mana-mana dan 100 peratus. Ketiga, kita tidak akan memulakan perang dari Warsaw, Paris atau Berlin. Yang pertama akan diserang ialah London. Sangat jelas bahawa ancaman kepada dunia datang dari Anglo-Saxon.”

Beliau berkata pencerobohan adalah satu-satunya cara untuk menghalang Barat daripada menyekat Kaliningrad, sebuah semi-eksklaf Rusia antara Lithuania dan Poland.

Gurulyov berkata Eropah Barat akan “diputuskan daripada bekalan kuasa.”

“Pada peringkat ketiga, saya akan menunggu apa yang akan diberitahu oleh Amerika Syarikat kepada Eropah Barat mengenai idea untuk meneruskan perjuangan mereka dalam keadaan sejuk, tanpa makanan dan elektrik,” sambungnya. “Saya tertanya-tanya adakah mereka [AS] berjaya untuk sentiasa menjadi pemerhati.”

“Ini hanyalah rancangan kasar, dan saya sengaja tidak bercerita perancangan tertentu kerana ia tidak boleh dibincangkan di TV.”

Ancaman sekutu Putin itu datang ketika perang Rusia memasuki bulan kelima, membawa kepada kebimbangan bahawa Ukraine akan “keletihan” dengan konflik yang nampak seperti akan berterusan dan membawa maut.

Semalam, Boris Johnson memberi amaran bahawa tekanan akan meningkat ke atas Rusia yang telah memberi menyebabkan kesan ekonomi kepada dunia.

Perang Rusia dan Ukraine, apa yang sebenarnya dimahukan Vladimir Putin? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?