Sadiq Khan, ahli Parlimen pembangkang dari Parti Buruh Britain berpeluang untuk memenangi pilihan raya Datuk Bandar di London. Beliau kini sedang mendahului calon-calon lain dalam pilihan raya tersebut. Beliau akan menjadi pemimpin Islam pertama mengetuai sebuah kota raya utama di dunia jika beliau menang.

Khan kini 14 mata mengatasi Zac Goldsmith, pesaingnya dari Parti Konservatif. Sepuluh calon lain turut berebut jawatan yang bakal dilepaskan Boris Johnson.

Sebuah kajian oleh ComRes untuk radio LBC dan ITV London news menyebut bahawa Khan mempunyai 45 peratus peluang memenangi jawatan itu berbanding Goldsmith hanya 36 peratus. Dalam undian kedua, Khan mempunyai 56 peratus peluang memenangi jawatan itu berbanding Goldsmith, hanya 44 peratus.

Khan pernah bekerja sebagai peguam hak asasi manusia sebelum menjadi menteri kerajaan. Bapa Khan merupakan seorang immigran yang bekerja sebagai pemandu bas. Nampaknya penduduk London masih lagi boleh berfikiran rational untuk memilih Datuk Bandar baru mereka. Agama bukan penghalang jika seseorang itu bagus dan berkualiti. Selamat berjaya Khan!

Sumber